BERITA RASMI! Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan di PlayStation 5 pada 20 Oktober 2023 di mana peminat boleh pre-order bermula 16 Jun nanti, menurut kata Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Games di acara Summer Game Fest tahun ini.

Dalam Marvel’s Spider-Man 2, pemain akan meneroka bandar New York milik Marvel sebagai Peter Parker dan Miles Morales. Seperti yang peminat dapat melihat dalam PlayStation Showcase pada bulan lepas — jalan cerita utama game ini akan membolehkan anda mengawal kedua-dua Spider-Men pada titik-titik berbeza dalam jalan cerita. Dalam dunia yang dua kali lebih besar daripada game pertama, anda akan dapat menukar hampir serta-merta antara kedua-dua watak semasa anda meneroka Manhattan, Queens dan Brooklyn.
Kedua-dua Spider-Man mempunyai jalan cerita dan misi eksklusif di mana mereka terpaksa menghadapi musuh baharu termasuk Venom, Lizard dan Kraven. Tetapi masing-masing mempunyai kebolehan baharu: Peter dengan symbiote, dan Miles dengan kuasa Venom bioelektrik.

Info pre-order
Selain tarikh pelancaran, Insomniac Games juga mengumumkan bahawa pre-order untuk game ini akan bermula pada 16 Jun 2023. Edisi standard berharga RM299.
Peminat yang pre-order mana-mana edisi Marvel’s Spider-Man 2 akan menerima:
- Arachknight Suit untuk Peter dengan 3 varian warna tambahan
- Shadow Spider Suit for Miles dengan 3 varian warna tambahan
- gajet Web Grabber
- 3 skill point

Digital Deluxe
Edisi Marvel’s Spider-Man 2 Digital Deluxe akan termasuk base game (PS5), semua bonus pre-order, serta:
- 5 sut unik untuk Peter
- Tactical Suit
- Aurantia Suit
- 25th Century Suit
- Stone Monkey Suit
- Apunkalyptic Suit
- 5 sut unik untuk Miles
- Agimat Suit
- Red Spectre Suit
- Encoded Suit
- Biomechanical Suit
- Tokusatsu Suit
- item tambahan untuk Photo Mode
- 2 skill point
Edisi Digital Deluxe akan berharga RM339.

Collector’s Edition
Collector’s Edition pula termasuk kod baucar untuk edisi Digital Deluxe, serta sarung Steelbook® case, dan patung 19-inci berkualiti tinggi yang menampilkan pertarungan Peter dan Miles bertarung Venom.
Collector’s Edition akan berharga RM969.

Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan di PlayStation 5 pada 20 Oktober 2023. Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post