Hari ini, 2K dan Marvel Entertainment mengumumkan info untuk Marvel’s Midnight Suns Season Pass, yang tersedia sebagai sebahagian daripada Legendary Edition untuk game dan pembelian individu. Mengandungi beberapa watak paling popular dan digemari dari seluruh Marvel Universe, butiran Season Pass telah didedahkan oleh Deadpool, bersama karya seni baharu oleh artis buku komik popular Ryan Stegman.
Season Pass termasuk empat pek DLC untuk menambah lebih banyak sekutu pada pasukan anda, termasuk:
- Pek DLC #1 – Deadpool: Seorang tentera upahan bermulut puaka dengan hati yang baik, Deadpool mempunyai kecenderungan untuk keganasan melampau sambil membuat lawa yang memecahkan “fourth-wall”;
- Pek DLC #2 – Venom: Musuh Spider-Man dan salah seorang antagonis utama dalam game, Venom menjadi watak yang boleh dimainkan dalam DLC #2;
- Pek DLC #3 – Morbius: Salah satu ahli original Midnight Sons dalam buku komik, Morbius ialah seorang ahli biokimia, yang tanpa sengaja mengubah dirinya menjadi vampire;
- Pek DLC #4 – Storm: Salah seorang ahli X-Men yang kuat, Storm mempunyai keupayaan untuk menjana dan memanipulasi angin, kilat, hujan dan cuaca lain mengikut kehendaknya.
Sebagai tambahan kepada watak di atas, setiap pek DLC di dalam Marvel’s Midnight Suns Season Pass akan memperkenalkan story mission baharu, menambah upgrade untuk Abbey, dan menambah pelbagai skin dan outfit unik untuk watak.
Season Pass juga termasuk Legendary Premium Pack yang menampilkan 23 skin premium seperti skin Blade 1602, skin Future Soldier (Captain America), skin Iron Knight (Iron Man) dan skin Demon Spider (Spider-Man). Semua skin ini akan tersedia semasa pelancaran.

Marvel’s Midnight Suns akan keluar untuk PlayStation 5, Series Xbox dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 2 Disember, diikuti PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada kemudian hari. Untuk membaca segala liputan kami tentang game di atas, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post