DLC terbaru Marvel’s Midnight Suns – The Good, the Bad and the Undead yang menampilkan Deadpool kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Tersedia untuk pembelian asing atau sebagai sebahagian daripada Marvel’s Midnight Suns Season Pass (termasuk dalam Legendary Edition), setiap DLC akan memperkenalkan hero baharu yang boleh direkrut dan menambah tiga “story mission” baharu, upgrade baharu untuk Abbey dan pilihan skin baharu dan kostum untuk hero.

DLC kali ini memfokuskan pada Deadpool yang hanya boleh direkrut, selepas menyelesaikan misi “A Man of Culture”. Untuk buka misi ini pula, anda perlu menyelesaikan misi “Spidermaaaans” dan membuka topeng Spider-Man di Abbey semasa Act One.
Sebagai watak terbaru untuk menyertai Midnight Suns, Deadpool datang dengan pelbagai abiliti unik untuk melakukan huru-hara di atas medan perang. Sama seperti hero lain, anda dapat menjalinkan hubungan persahabatan dengannya dan menjadi kawan baik di Abbey. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk menyelidik “Food Truck” milik Deadpool yang memberi kelebihan taktikal tambahan semasa bertarung.

Bersama misi baru, pelbagai jenis musuh baharu juga akan diperkenalkan, jadi harapkan lebih banyak cabaran semasa anda bermain melalui DLC! Yang penting, anda tunggu sahaja apabila Deadpool dilancarkan secara rasmi di Marvel’s Midnight Suns!
DLC The Good, the Bad, and the Undead kini tersedia untuk PC melalui Steam and Epic Games Store, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Untuk membaca segala liputan kami tentang Marvel’s Midnight Suns, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post