Game yang dinanti-nantikan oleh peminat Marvel iaitu Marvel’s Midnight Sun kini ditangguhkan kepada lewat tahun fiskal ini yang berakhir pada bulan Mac 2023. Pada asalnya, game ini dijadualkan akan keluar pada 7 Oktober 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC.
Menurut posting mereka di Twitter rasmi, mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh pelancaran untuk memastikan yang game ini dapat memberikan pengalaman terbaik kepada peminat. Dengan penangguhan ini, mereka akan menggunakan masa tambahan sepenuhnya bagi melengkapkan game sekali gus memberikan pengalaman terbaik.

Bagi mereka yang tidak tahu tentang game ini, Marvel’s Midnight Suns dibuat oleh studio Firaxis Games dan merupakan game taktikal RPG di mana kita mengawal watak Hunter yang boleh di-customize mengikut cita rasa pemain.
Pada masa yang sama, tugas kita adalah untuk mengumpul pelbagai hero daripada siri-siri Marvel termasuk Midnight Suns, Avengers dan banyak lagi. Tugas utama pemain adalah untuk mengalahkan Lilith ketika dia berusaha untuk menghidupkan tuan, Cthon.

Bagi mereka yang tidak tahu, Midnight Suns adalah berdasarkan acara crossover komik Rise of the Midnight Sons (1992) yang menceritakan tentang Lilith, seorang necromancer kuat yang dikalahkan dan dipenjarakan oleh ahli sihir pada beribu-ribu tahun yang lalu.
Risau akan kebangkitannya, Doctor Strange mengumpulkan sekumpulan pahlawan dari dunia gelap Marvel untuk mengalahkannya. Pasukan Midnight Sons berjaya menewaskan Lilith dan anak perempuannya, Lilin, dan kemudian bekerjasama lagi beberapa kali sebagai pasukan superhero rahsia dalam Marvel Universe.

Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa Marvel’s Midnight Sun akan ditangguhkan sehingga bulan Mac 2023 tetapi masih tidak mempunyai tarikh pelancaran rasmi. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Marvel’s Midnight Sun, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post