Diumumkan oleh Square Enix dan pemaju Crystal Dynamics dan Eidos Montreal, Marvel’s Avengers secara rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pada 18 Mac bersama dengan update “Operation: Hawkeye – Future Imperfect“!
Jalan cerita “Future Imperfect” berlaku selepas misi “Taking AIM” di mana kita bermain sebagai Clint Barton aka Hawkeye dan harus membantunya untuk mencari Nick Fury, ketua SHIELD, yang Hawkeye percaya dapat membantu menghentikan rancangan jahat AIM. Tanpa sengaja, dia telah membongkarkan senjata misteri yang mungkin akan mengubah nasib umat manusia!
Sepanjang perjalanan, Clint mendapati dirinya terperangkap dalam eksperimen yang pelik, di mana dia merentasi masa depan dan terperangkap dalam dunia yang dimusnahkan oleh kekuatan kosmik serta dihuni oleh Maestro, versi Hulk yang menjadi gila.
Berikut adalah story trailer dan video gameplay Hawkeye:
Pengguna yang memiliki game Marvel’s Avengers versi PlayStation 4 atau Xbox One dapat menaik taraf ke versi generasi seterusnya tanpa membayar apa-apa kos tambahan. Versi PlayStation 5 dan Xbox Series X/S menawarkan frame rate yang lebih tinggi dan visual yang lebih baik pada resolusi hingga 4K di PlayStation 5 dan Xbox Series X dan 1440p untuk Xbox Series S.
Game ini juga memanfaatkan SSD dalaman untuk load time yang lebih cepat dan menggunakan kekuatan grafik dan memori untuk memberikan tekstur beresolusi lebih tinggi, animasi yang lebih epik, dan peningkatan lain yang memanfaatkan kuasa penuh konsol baru supaya pemain benar-benar merasa seperti seorang “superhero“.
Pemain yang memindahkan profil mereka dan save data ke konsol next-gen dapat meneruskan pengembaraan tanpa mengulang semula dari awal. Selain itu, fitur cross-gen play juga disokong supaya pemain PlayStation 5 dapat berhubung dan bermain dengan rakan mereka di PlayStation 4, manakala pemain Xbox Series X/S dapat berhubung dengan rakan mereka di Xbox One.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca segala info di PlayStation Blog. Marvel’s Avengers kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, PC melalui Steam, dan Stadia. Versi PlayStation 5 dan Xbox Series X/S pula akan dikeluarkan pada 18 Mac 2021. Untuk segala liputan kami tentang Marvel’s Avengers, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post