Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel umumkan tarikh tayangan Loki Season 2 & Echo, Bakal ditayangkan di Disney+!

safwan by safwan
May 18, 2023
in Action, Artikel, Berita, Disney+, Fantasy, Movie/siri
0 0
0
Marvel umumkan tarikh tayangan Loki Season 2 & Echo, Bakal ditayangkan di Disney+!

Kredit: Marvel

Share on FacebookShare on Twitter

Marvel akhirnya umumkan tarikh tayangan bagi dua TV Siri yang akan ditayangkan di Disney+ pada hujung tahun nanti iaitu Loki Season 2 dan juga siri terbaru iaitu Echo.

Marvel Studios🤝@DisneyPlus

A new season of #Loki starts streaming October 6, 2023.
All episodes of #Echo drop November 29, 2023. pic.twitter.com/jQq2xdbuiV

— Marvel Studios (@MarvelStudios) May 16, 2023

Setelah lama menunggu “god of mischief” ini kembali, akhirnya ia akan mula di tayangkan di Disney+ pada 6 Oktober 2023. Nampaknya pengembaraan Loki bersama rakannya yang lain bersambung untuk menyelamatkan universe selepas penjaga universe iaitu He Who Remains mati.

Kredit: Marvel

Tom Hiddleston akan kembali sebagai Loki, Owen Wilson sebagai Mobius, Gugu Mbatha-Raw sebagai Ravonna Renslayer, Wunmi Mosaku sebagai hunter B-15, Eugene Cordero sebagai Casey, Tara Storing sebagai Miss Minutes, Sophia Di Martino sebagai Sylvie dan ramai lagi. Buat masa sekarang, Marvel tidak mengumumkan apa-apa tentang pelakon Jonathan Majors yang akan melakonkan watak Victor Timely.

Season 2 akan mempunyai sebanyak 6 episod dan ia akan ditayangkan satu per satu pada setiap minggu bermula 6 Oktober 2023.

Kredit: Marvel

Selain Loki Season 2, mereka juga mengumumkan TV siri spinoff kepada Hawkeye iaitu Echo di mana ia menampilkan antagonis utama siri tersebut. Siri ini akan ditayangkan sekali gus pada 29 November 2023 di Disney+.

Siri Echo ini akan mengikuti Maya Lopez kembali ke kampung halamannya di Oklahoma, di mana dia mesti berdamai dengan masa lalunya, berhubung semula dengan asal usul “Native American”, dan mengembangkan keluarga dan komunitinya.

Alaqua Cox akan melakonkan watak Maya Lopez (Echo), seorang gadis assassin yang pekak. Turut menyertainya ialah Zahn McClarnon sebagai William Lopez, Vincent D’Onofrio sebagai Wilson Fisk / Kingpin, Charlie Cox sebagai Matt Murdock/Daredevil dan ramai lagi pelakon termasuk Chaske Spencer, Tantoo Cardinal, Devery Jacobs, Cody Lightning, dan Graham Greene.

Kredit: Marvel

Saya ingin meningatkan anda bahawa Loki Season 2 akan ditayangkan bermula 6 Oktober manakala Echo pula akan ditayangkan sekali gus pada 29 November 2023 di Disney+.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak ebrita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami. .

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EchoLoki Season 2Marvelmcu
ShareTweetSend
Previous Post

Sword Art Online: Integral Factor Akan Hadir ke Steam!

Next Post

Grand Theft Auto 6 Mungkin Dilancar Seawal 2024 Menurut Petunjuk!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Grand Theft Auto 6 Mungkin Dilancar Seawal 2024 Menurut Petunjuk!

Grand Theft Auto 6 Mungkin Dilancar Seawal 2024 Menurut Petunjuk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd