Marvel bakal hadir dengan game baharu bertajuk “Marvel 1943: Rise of Hydra”! Game tersebut telah pun diumumkan semasa State of Unreal Epic Games, di mana visual dan trailer rasmi game didedahkan. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Kalau anda ingin tahu, game ini akan diarahkan oleh Amy Hennig, bekas pengarah game di Naughty Dog, yang popular dengan game Uncharted. Melihat hasil-hasilnya terdahulu, sudah tentu ada ramai yang mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap game baru ini.

Berkenaan naratif game, pemain akan alami penceritaan melalui empat watak utama iaitu Steve Rogers muda AKA Captain America, atuk T’Challa Azzuri AKA Black Panther era WWII, Gabriel Jones, tentera Amerika Syarikat dan ahli Howling Commandos Gabriel, dan Nanali, pengintip Wakanda yang berada di Paris. Berikut adalah sinopsis rasminya:
Dalam kekacauan perang, dunia bertembung. Captain America dan Azzuri, Black Panther pada tahun 1940-an, mesti mengatasi perbezaan mereka dan membentuk pakatan untuk menghadapi musuh bersama mereka. Berjuang bersama Gabriel Jones dari Howling Commandos, dan Nanali, seorang perisik Wakandan yang tertanam di Occupied Paris, mereka mesti bergabung tenaga untuk menghentikan plot jahat yang mengancam untuk mengubah malapetaka Perang Dunia II menjadi kebangkitan utama Hydra.

Marvel 1943: Rise of Hydra dijadualkan untuk dilancarkan pada PS5. Buat masa ini, tiada platform game yang diumumkan untuk game ini. Nantikan pengumuman lanjut mengenainya pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan segala berita mengenai Marvel daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post