Mario + Rabbids terbaru akan dilancarkan tidak lama lagi. Sudah tentu ada antara anda yang tidak sabar untuk bermainnya. Untuk yang tidak mengenali game ini, ia merupakan game strategi kasual yang menawarkan penyesuaian menarik. Dengan gabungan antara dua francais popular, Ubisoft membawa anda sekali lagi dalam pengembaraan terbaru, Mario + Rabbids: Sparks of Hope. Ingin tahu seronok atau tidak game sekuel ini? Teruskan membaca review kami ini!
Plot yang mudah diikuti
Disebabkan game ini sekuel kepada Mario + Rabbids: Kingdom Battle, anda akan berjumpa dengan Mario, Luigi, Peach dan Rabbids semula. Mereka sedang bersantai di Mushroom Kingdom sehinggalah ahli sihir jahat bernama Cursa datang menyerang dan cuba untuk menangkap “The Sparks”. Ia merupakan gabungan antara rabbids dan lumas dari Mario Rabbids malah mempunyai kuasa yang kuat. Mario dan kumpulannya tidak membuang masa dan bertindak untuk menghalang Cursa dan anak buahnya, Spark Hunters. Mereka juga disertai oleh bekas Spark Hunter bernama Edge.

Bercerita tentang plotnya, ia tidaklah mendalam sangat dan mudah diikuti oleh pemain. Interaksi antara watak juga sangat seronok untuk dilihat.
Rabbids bercakap!?
Semua orang selain Mario agak cerewet dan anda dapat melihat lebih banyak personaliti mereka. Sorotan yang pasti adalah untuk pertama kalinya dalam sejarah, Rabbids bercakap. Saya tidak fikir arnab boleh mempunyai personaliti yang berbeza selain daripada menjerit tetapi di sini setiap satunya mempunyai suara dan sikap yang berbeza, serta datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Agak pelik juga melihat watak-watak lain lebih banyak bercakap berbanding Mario malah ini membuatkan anda mengenali personaliti mereka dengan lebih baik. Paling mengejutkan sekalai apabila melihat Rabbids bercakap. Rasanya ini kali pertama kita melihat mereka boleh berkata-kata. Setiap daripada merekan mempunyai pelbagai bunyi dan perlakuan termasuklah bentuk dan saiz. Antara watak yang kami suka ialah Rabbid Mario yang mempunyai gaya “Itali” yang palsu dan Edge, watak baru yang diperkenalkan.
Tetapi malang sekali, ia tidak bersuara penuh. Kekurangan lakonan suara amat ketara kerana ada dua watak iaitu Beep-O dan Jeanie bersuara penuh tetapi watak lain tidak pula malah mempunyai beberapa baris sahaja yang mempunyai suara. Jadi ini membuatkan game ini agak tidak konsisten.

Eksplorasi di pelbagai kawasan
Jika nak dibandingkan dengan game pertama, Sparks of Hope mempunyai kawasan-kawasan yang boleh diterokai sepenuhnya. Lebih banyak jenis tempat yang boleh dilihat selain dunia yang dipenuhi hutan dan padang pasir. Dunia game ini membawakan gunung bersalji dan tinggalan runtuhan kuil Greek yang berdebu. Kesemuanya kelihatan menakjubkan malah seronok untuk diterokai.

Terdapat item yang anda boleh kutip seperti skin senjata anda dan lebih banyak sparks. Kalau anda jenis yang suka melengkapkan cabaran, mungkin ia menyeronokkan. Tetapi kalau anda pemain kasual, mungkin akan cepat membosankan anda kerana pertempurannya agak lama dan seperti tidak berbaloi untuk kumpulkan segala item.
Sebagai contoh, salah satu item daripada side quest ialah “Memories” di mana Beep-O menceritakan bagaimana watak itu bertindak dalam pertempuran, tetapi kebanyakan penerangannya agak samar. Walaupun begitu, kami masih menyukai idea yang melibatkan dunia yang berbeza, cuma berharap ia lebih mendalam.

Pertempuran yang mudah diakses
Anda menghadapi musuh di overworld dan apabila menyentuh mereka, anda memulakan pertempuran turned-based strategy-style. Penambahbaikan yang ketara daripada game masa lalu ialah watak-watak tidak lagi dikunci pada grid. Mereka boleh berjalan di sekeliling peta sehingga julat tertentu. Ini menjadikan pertempuran lebih pantas, kemudian membuatkan ia berasa lebih mengujakan.

Semasa giliran anda, anda memindahkan sekumpulan watak merentasi peta dalam julat tertentu. Dalam musuh berada dalam jangkauan, mereka boleh serang dengan senjata mereka. Mereka juga mempunyai kemahiran khusus watak seperti counter move, guard shield, and attack buff. Akhir sekali, terdapat beberapa halangan untuk berlindung dan tidak mendapat damage. Walaupun begitu, halangan tersebut pula yang akan mendapat damage dan boleh dimusnahkan. Ini cara yang baik untuk membuatkan pemain terus bergerak daripada “camping” sehingga habis pertempuran.

Dari segi upgrade, watak akan naik level pada penghujung setiap peta dan boleh meningkatkan kemahiran mereka melalui skill tree. Apa yang menarik di sini ialah setiap unit mempunyai bilangan set skill point yang boleh dimasukkan ke dalam kemahiran yang berbeza dan kemudiannya dikeluarkan untuk digunakan pada kemahiran lain. Lebih banyak lagi yang anda boleh buka sepanjang bermain.

Sparks
Tambahan besar terbaru kepada sistem pertempurannya ialah Sparks. Sepanjang main story, anda akan membuka pelbagai sparks dan boleh dipakaikan kepada watak. Ia juga boleh menjadi kebolehan tambahan dalam pertempuran. Sparks yang paling menonjol ialah sparks yang menambah kesan status elemental pada senjata watak. Sebagai contoh, “water spark” akan memberikan senjata anda serangan berasaskan air yang akan menjadi damage tambahan kepada musuh yang lemah kepada unsur tersebut. Sparks lain pula membenarkan jenis kemahiran yang berbeza seperti watak penjaga atau serangan asid.
Level sparks boleh dinaikkan menggunakan star bits yang boleh didapatkan melalui musuh apabila mengalahkan mereka. Makin tinggi level sparks, lebih efektif kesannya.

Pada asasnya, sparks memberi parti anda lebih banyak pilihan strategi untuk membantu pertempuran menjadi berbeza kerana anda kini mempunyai pelbagai watak dan sparks untuk dipadankan. Semua watak naik level bersama-sama dan anda boleh memilih mana yang anda mahu gunakan pada permulaan pertempuran. Game ini menggalakkan anda untuk mencuba setiap watak dan senjata dan kemahiran mereka yang berbeza. Pasukan kami kebanyakannya terdiri daripada Edge, Rabbids Mario, dan Peach yang menggunakan payungnya seperti shotgun.

Kesimpulan
Mario + Rabbids: Sparks of Hope melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana sekuel baik yang mengembangkan game asal. Dengan rabbids bercakap dan lebih berpesonaliti, ia membawa banyak interaksi menarik dengan kumpulan Mario. Dunia yang berbeza boleh diterokai tetapi rasanya ia lebih menarik jika ia memberikan sesuatu yang lebih seronok.
Walaupun begitu, sistem pertempurannya sangat menyeronokkan. Ia tidaklah seperti game strategi yang lain tetapi ia mudah untuk dimainkan oleh pemain baru ditambah pula dengan pelbagai penyesuaian yang mencukupi dalam bentuk musuh dan sparks sudah pastinya membuatkan pemain lebih sibuk. Apa pun, Mario + Rabbids: Sparks of Hope akan dilancarkan pada 20 Oktober ini di Nintendo Switch. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, boleh layari laman web rasmi game.

@gamersantaimy
The Review
Mario + Rabbids: Sparks of Hope
PROS
- Rabbids kini boleh bercakap
- Sistem pertempuran yang mudah diakses
- Setiap planet direka dengan unik dan kreatif
CONS
- Tiada lakonan suara penuh
Discussion about this post