Ubisoft telah mengumumkan game terbaru eksklusif untuk Nintendo Switch iaitu Mario + Rabbids Sparks of Hope yang akan dilancarkan pada 20 Oktober 2022. Game ini juga sudah tersedia untuk pra-tempah! Bowser akan sertai watak-watak kegemaran lain seperti Rabbid Peach, Luigi, Rabbid Mario dan Princess Peach dan membentuk pasukan motley dan menghalang Cursa, entiti kosmik jahat yang ingin melakukan huru hara kepada galaksi. Showcase khas Mario + Rabbids Sparks of Hope akan berlangsung pada 30 Jun di saluran Youtube Ubisoft dan anda akan ketahui lebih lanjut mengenai game ini.

Menggabungkan taktik turn-based dan real-time action, sistem tempur inovatif Mario + Rabbids Sparks of Hope akan meminta pemain menggunakan Hero mereka untuk menyerang musuh, melompat bersama ally, bersembunyi di sebalik cover, atau memanfaatkan kebolehan istimewa mereka pada setiap pusingan. Dengan gameplay inovatif ini, Mario + Rabbids Sparks of Hope akan menjadi pengembaraan taktikal yang menyeronokkan untuk pemain baru dan pakar dalam genre ini.

Bertekad untuk menggunakan semua tenaga di galaksi, Cursa dan pengikutnya memburu Sparks, makhluk luar biasa yang dibentuk oleh gabungan Lumas & Rabbids, dan akan memusnahkan segala benda yang menghalangnya. Pemain perlu mencari dan menyelamatkan Sparks untuk membolehkan mereka sertai pengembaraan, membuka jalan taktikal baru untuk membantu Hero mendapatkan kelebihan dalam pertempuran. Selain daripada menaikkan level dan menyesuaikan Hero, pemain akan berpeluang untuk menggabungkan Hero dengan Sparks untuk membuka kebolehan tambahan! Mereka semua mempunyai kuasa dan keperibadian yang berbeza, daripada perisai tenaga kepada serangan elemental yang kuat.

Semasa mereka memulakan perjalanan epik melalui galaksi, pemain akan dapat menerokai pelbagai planet, bertemu dengan pelbagai penduduk yang ingin tahu dan menyelesaikan misi untuk membebaskan mereka daripada pengaruh jahat Cursa. Musuh yang anda kenali dari alam semesta Nintendo, musuh Rabbids yang luar biasa dan bos yang mengejutkan akan melintasi perjalanan anda bersama Hero. Anda boleh menonton video trailer di bawah:
Mesti ramai yang teruja untuk bermain game ini kan? Bolehlah nantikan showcase yang akan berlangsung hujung bulan ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post