Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 3]

Bahagian terakhir untuk peta Battle Royale COD Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2019
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, Emulator, Fakta & Trivia, iOS, Mobile
0 0
0
Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 3]
Share on FacebookShare on Twitter

Bahagian terakhir kami untuk Isolated membawa kami ke beberapa kawasan baru di dunia Call of Duty: Mobile pada bahagian paling timur di peta, serta beberapa tempat terkenal dari Call of Duty 4: Modern Warfare and Black Ops 2.

Babak akhir ini (buat masa sekarang) untuk lawatan Isolated di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile membawa kita ke beberapa lokasi ekstrem di peta. Di bahagian ini, kita meneroka kawasan yang terletak di hujung utara dan selatan. Perhentian pertama membawa kami ke satu kawasan yang menampilkan tiga lokasi dari Call of Duty: Black Ops 2.

Diner

Diner, yang juga boleh dilihat dalam Call of Duty: Black Ops 4, terletak di barat daya Launch Base. Bersama dengan loot biasa, Diner dipenuhi dengan Zombie dan Mystery Box. Sekiranya anda mencari loot yang gempak, pertimbangkan diri untuk singgah sini.

Selain itu, terdapat juga banyak rumah dan bangunan lain penuh dengan loot yang boleh dijumpai di luar Diner. Kawasan ini juga terletak di antara beberapa bukit, yang menawarkan sedikit kesukaran apabila ingin berlari keluar dari bulatan.

Practice Range

Kawasan paling di selatan ialah Practice Range, kawasan yang mempunyai obstacle course, hangar pesawat, dan banyak bangunan lain yang bertindak sebagai tempat latihan bagi para tentera.

Kawasan ini mempunyai potensi untuk mendapat loot tinggi, termasuk kotak yang mengandungi senjata, item penyembuhan, perisai tingkat tinggi dan banyak lagi. Malah, ada helikopter yang menunggu di luar hangar pesawat, yang boleh membantu pemain bergerak dengan lebih pantas. Juga berselerak di kompleks adalah beberapa kereta kebal yang boleh menjadi pelindung sementara, jika anda mendapati diri anda jauh dari bangunan dan dikelilingi musuh.

Overgrown

Terletak di bahagian Barat Laut, Overgrown mempunyai ciri-ciri bangunan ikonik dan rumput tinggi yang mungkin dikenali oleh peminat lama Call of Duty. Susun atur Overgrown mengalu-alukan mereka yang bersedia untuk memakai skop jarak jauh dan mencari musuh dari jauh.

Dari rumah ladang besar ke stesen minyak dan sungai yang mengalir di bawah, pencarian loot anda di sini mungkin sudah cukup untuk digunakan oleh satu skuad. Hanya satu pesanan: bukan sahaja sniper bersembunyi di sini, tetapi bulatan dapat memerangkap pemain dengan pantas kerana lokasinya di Isolated. Ini mungkin berlaku jika kawasan selamat jauh dari utara dan timur.

Sakura

Sakura menawarkan beberapa seni bina untuk menyiasat dengan landskap bunga sakura yang jatuh dari dahan. Biasanya, kawasan ini akan menjadi tempat yang hebat untuk berundur daripada peperangan, tetapi di Isolated, Sakura menjadi medan perang yang dipenuhi dengan senjata, peralatan, perisai dan lain-lain dalam bangunannya.

Di selatan bandar utama adalah sebuah pulau kecil yang boleh diakses melalui jambatan kayu. Kadang-kadang, kawasan ini mengandungi Upgrade Terminal untuk meningkatkan kelas dengan teknologi yang lebih baik.

Killhouse

Di seberang tasik Sakura adalah Killhouse, gudang yang dipaparkan dalam Call of Duty 4: Modern Warfare Multiplayer. Ia juga merupakan peta dalam mode Multiplayer Call of Duty: Mobile. Kawasan ini bertujuan untuk menjadi pusat latihan bagi tentera. Kawasan ini sangat terdedah kepada pelbagai aksi pertempuran di dalam dan di luar gudang utama.

Jika anda memutuskan untuk meneroka di luar kawasan utama, terdapat beberapa gudang besar yang mengandungi loot dan tingkat tinggi yang boleh digunakan untuk sniping.

Countdown

Perhentian terakhir kami dalam lawatan kami di Isolated adalah Countdown, yang terletak di barat daya peta. Peta dari Call of Duty 4: Modern Warfare, Countdown adalah kawasan pelancaran peluru berpandu dengan banyak bangunan dan hangar untuk diterokai.

Apa yang anda harus cari adalah loot di dalam gudang dan sekeliling silo. Sama seperti Overgrown, dinasihatkan untuk mengawasi bulatan semasa meneroka Countdown. Sekiranya kawasan selamat sangat jauh, cuba cari kenderaan seperti helikopter yang mungkin boleh muncul sekali-sekala.

Muat turun di sini
Call of Duty: Mobile
Publisher: Activision
Developer: Garena
Release Date: 2019-10-01
Announce Date: 2019-10-01
Android, iOS
Bersedia dengan permainan yang mendebarkan, bermain Call of Duty® Mobile di mana sahaja anda berada. Merentas beberapa mod permainan apabila anda terlibat dalam pertempuran  melalui peta kegemaran seperti Nuketown dan Crash, semuanya dioptimumkan untuk mudah alih.
 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: battle royaleCall of duty mobileCountdownDinerIsolatedKillhouseOvergrownPractice RangeSakura
Previous Post

Antara adegan Luffy yang sepatutnya mati ketika menentang musuhnya di One Piece!

Next Post

Rules of Survival menyambut ulangtahun ke-2 dengan Bonus Login, Hero Mode dan Score Royale!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Rules of Survival menyambut ulangtahun ke-2 dengan Bonus Login, Hero Mode dan Score Royale!

Rules of Survival menyambut ulangtahun ke-2 dengan Bonus Login, Hero Mode dan Score Royale!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd