Pada hujung minggu lalu, Pokémon Championships 2023-24 Malaysia telah berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya, di mana pelbagai peminat Pokémon berkumpul dan bersaing untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik – bak kata lagu tema “I wanna be the very best, Like no one ever was.”

Bagi mereka yang tidak tahu, Pokémon Championships 2023-24 Malaysia adalah kejohanan di mana peminat bersaing untuk dinobatkan sebagai yang terhandal dalam negara untuk permainan video Pokémon Scarlet dan Violet dan Pokémon Trading Card Game.
Pemenang bukan sahaja akan memenangi trofi dan hadiah tetapi mereka juga mendapat jemputan untuk bertanding dalam Pokémon World Championships di Honolulu, Hawaii, dari 16 Ogos hingga 18 Ogos 2024.

Kami sempat mengunjungi Pokémon Championships 2023-24 Malaysia selama kedua-dua hari dan berikut ialah interviu kami bersama setiap pemenang daripada setiap kategori.
Pokémon TCG Junior League

Jom berkenalan dengan Vee Boon, pemenang untuk Pokémon Trading Card Game Junior League. Berumur hanya 10 tahun, kad kegemarannya ialah Greninja.
Apabila ditanya sama ada dia bersedia untuk bersaing di Hawaii pada hujung tahun ini, Vee Book berkata:
Walaupun saya masih belum bersedia, saya berharap dapat melihat beberapa perkara unik di Hawaii.

Pokémon TCG Senior League

Ini ialah Cayne, juara untuk Pokémon Trading Card Game Senior League. Berumur 16 tahun, dia berkata dia hanya seorang lelaki normal yang kebetulan menyukai Pokémon.
Saya hanya lelaki normal yang suka Pokémon dan bola sepak. Saya peminat bola sepak yang sangat bersemangat. Saya terjumpa game ini pada awal tahun ini, kerana adik-beradik saya yang memperkenalkannya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mengajar saya cara bermain; Saya cukup berseronok.
Ke topik bila dia mula bermain Pokémon Trading Card Game, Cayne berkata:
Saya bermula pada awal Januari tahun ini. Adik-beradik saya tanya sama ada saya mahu belajar cara bermain permainan kad ini, yang membuatkan saya berminat. Saya sangat gembira tetapi juga agak terkejut. Saya tidak menjangkakan ini.
Dari segi strategi, Cayne menjelaskan “Dek saya serupa dengan dek champion milik Nic, tetapi saya tidak memainkan Boss’s Orders sebagai supporter. Sebaliknya, saya kalah dengan sengaja untuk menggunakan Counter Catcher, yang membawa semula Pokémon pihak lawan dengan lebih mudah.”

Cayne juga menggambarkan perasaannya tentang kemenangannya dalam kejohanan ini, “Saya bertanding dengan cukup baik berbanding sebelum ini. Saya membuat banyak kesilapan di peringkat regional, yang menyebabkan saya terlepas posisi teratas. Kali ini, saya belajar daripada kesilapan itu dan berdepan dengan beberapa pemain yang pernah saya lawan sebelum ini. Tahu cara-cara mengatasinya dengan betul adalah pengalaman yang hebat.”

Tentang Pokémon World Championships akan datang di Hawaii, Cayne berkata, “Saya belum bersedia dengan baik, tetapi merancang untuk berlatih lebih banyak lagi mulai sekarang. Saya mungkin kekal dengan dek ini buat masa ini, tetapi jika saya menemui dek lebih baik, saya pasti akan mencubanya dan mungkin menggunakannya dalam pertandingan.”

Pokémon TCG Master League

Juara Pokémon Trading Card Game Master League ialah Yoong Kai Jian, berusia 21 tahun, yang telah bermain permainan kad ini selama lima tahun dan telah bertanding sejak 2019.
“Saya berasa sangat gembira kerana sentiasa bimbang dan teragak-agak tentang prestasi saya sebelum perlawanan. Secara keseluruhan, saya sangat gembira dan berterima kasih atas sokongan daripada rakan dan keluarga saya.”

Kai Jian kemudian berkongsi strateginya:
“Strategi saya tertumpu pada serangan langsung tanpa terlalu memikirkan atau cuba meramalkan pergerakan lawan saya. Dek ini menang selepas tiga pusingan, jadi saya percaya pada pendekatan yang pantas dan tegas.”
“Posisi utama ialah bekas Chien-Pao ex dan Baxcalibur, yang penting untuk strategi saya.”

Dalam perlawanan pertama, dia menamatkannya dalam masa kira-kira 5-6 minit, tetapi perlawanan kedua mengambil masa sekitar 20-30 minit. Di situ, dia menjelaskan prestasinya, “Dalam perlawanan kedua, saya menjangkakan langkah seterusnya oleh pihak lawan tetapi terlupa kemudian, yang membawa kepada kesilapan. Bagaimanapun, lawan saya bernasib malang, yang memberi saya peluang; jika tidak, saya mungkin kalah dalam perlawanan itu.”

Tentang Pokémon World Championships akan datang di Hawaii, Kai Jian menyatakan bahawa dia sudah bersedia, dan berkata “Saya sudah lama bersedia. Kejohanan ini adalah untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi. Di Hawaii, saya mungkin menggunakan dek yang sama seperti perlawanan ini, tetapi akan menyesuaikan diri berdasarkan situasi.”
Pokémon Scarlet & Pokémon Violet

Beralih ke kategori Pokémon Scarlet & Pokémon Violet, di mana Ng Yeong Jiang dinobatkan sebagai juara. Menurut Yeong Jiang, dia telah bertanding sejak 2015 dan pernah menyertai Pokémon World Championships pada 2016.
“Ini akan menjadi kali kedua saya pergi ke Worlds. Saya mendapat jemputan pada 2019 dan 2022, tetapi tidak dapat hadir kerana komitmen peribadi.”

Memikirkan persembahannya, Yeong Jiang berkata, “Terus-terang, saya rasa persembahan saya agak goyah. Saya rasa saya boleh bermain lebih baik. Walau bagaimanapun, pengalaman kompetitif bertahun-tahun saya amat berguna. Saya tidak akan kata saya adalah pemain terbaik, tetapi sudah tentu saya juga bukan yang paling teruk.”
Dalam senario dengan beberapa booster, Yeong Jiang memilih untuk menggunakan Smeargle. Bercakap tentang strateginya, dia berkata:
Saya memilih Smeargle berbanding Pokémon seperti Amoonguss kerana Smeargle ialah pencipta Spore yang pantas. Berbanding Amoonguss yang perlahan, Smeargle boleh memberi tekanan dengan cepat. Walaupun dalam meta dengan Safety Goggles dan counter lain, Smeargle masih berguna sebagai Follow Me support dan untuk Wide Guard. Wide Guard amat penting terhadap ancaman seperti Calyrex Shadow Rider, Ice Rider, Kyogre dan Groudon. Jadi, saya menghargai Smeargle berbanding Amoonguss kerana kepelbagaiannya.

Bercakap lebih lanjut mengenai meta Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet sekarang, Yeong Jiang menjelaskan “Saya rasa metagame akan terus melihat beberapa perubahan, tetapi masuk ke Worlds, kita mungkin melihat beberapa strategi yang tidak dijangka. Pasukan saya tidak sempurna; ia mempunyai beberapa kelemahan, terutamanya kepada serangan Water-type.”
Kami bertanya mengapa tidak ramai orang menggunakan Tera-type yang ofensif, di mana Yeong Jiang berkata “Ini selalunya bergantung kepada pilihan gaya permainan. Saya cenderung untuk menjadi lebih konservatif dan tidak menyerang sepenuhnya, walaupun pasukan saya agak agresif. Saya percaya mempunyai Tera-type yang defensif sangat membantu untuk menyeimbangkan ofensif milik pasukan.”

Kembali ke soal strategi menggunakan Smeargle, dia berkata “Saya ingin menyatakan bahawa Smeargle mungkin bukan pilihan terbaik, dan ia tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam beberapa perlawanan saya, tetapi ia mempunyai impak psikologi terhadap pihak lawan. Dan saya sangat gembira untuk pergi ke Hawaii dan menantikan pertandingan itu.”
Tahniah kepada semua pemenang Pokémon Championships 2023-24 Malaysia. Kami berharap mereka semua dapat melakukan yang terbaik semasa bersaing dalam Pokémon World Championships di Hawaii dari 16 Ogos hingga 18 Ogos 2024.
Pada masa yang sama, kami juga mendapat peluang untuk bercakap dengan Karmen Loh, artis Malaysia di sebalik seni visual utama untuk kejohanan ini di Taiwan, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina – interviu penuh boleh dibuat baca di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post