Selepas pra-pendaftaran selama dua bulan, Eclipse Isle, sebuah game battle royale bertemakan hero anime kini dilancarkan secara rasmi di negara-negara Asia Tenggara! Ini adalah game battle royale menakjubkan yang mengambil elemen MOBA dengan gaya anime dan reka bentuk grafik hebat 3-D. Pemain dari rantau Asia Tenggara boleh mencari “Eclipse Isle” di App Store dan Google Play untuk memuat turun permainan ini.
Pemain boleh memilih daripada senarai wira yang unik, masing-masing dengan set abiliti yang berbeza, dalam perlawanan yang terdiri daripada 60 pemain. Sama seperti permainan battle royale lain, pemain akan mendarat di atas peta, lalu mencari senjata dan peralatan untuk membantu mereka bertahan hidup dengan misi untuk menjadi orang terakhir yang hidup di pulau tersebut.
Oleh kerana game ini berdasarkan permainan battle royale, yang menjauhkan dirinya daripada yang lain ialah dengan penambahan elemen MOBA. Pemain boleh menggunakan skill istimewa tertentu dalam pertarungan mereka. Setiap keputusan yang korang buat dapat memulihkan keadaan dan membantu kami menjadi wira terakhir di Isle.
Salah satu ciri uniknya adalah korang boleh meneroka seberapa banyak yang anda mahu di Isle, dengan peta sebesar dunia serta empat musim yang berubah dari musim bunga hingga musim sejuk. Selain itu, terdapat pelbagai elemen interaktif yang menanti korang juga. Korang boleh mengumpul, menyamar, stealth, mengesan, dan juga memasak!
Banyak peralatan dan supply yang boleh dijumpai di dalam game ini. Menunggang kuda akan memberi pengalaman permainan yang lebih baik dalam permainan battle royale dan korang juga boleh menggunakan busur dan panah untuk menembak musuh dalam pertempuran. Adakah korang bersedia?
Untuk pemain SEA, korang boleh memuat turun game ini di App Store & Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila layar laman rasmi FB mereka gais!
@gamersantaimy
Discussion about this post