Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Map terbaru PUBG ialah KARAKIN! Bakal menggantikan VIKENDI!

Adakah kita harus ucap selamat tinggal kepada Vikendi?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 16, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Map terbaru PUBG ialah KARAKIN! Bakal menggantikan VIKENDI!
Share on FacebookShare on Twitter

Peta kelima untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds akan datang tidak lama lagi, dan ia dipanggil Karakin. Selepas beberapa teaser awal, developer PUBG Corp mengesahkan Karakin di media sosial mereka hari ini dan memuat naik sebuah video pendek tentang peta baru ini. Studio itu tidak memberikan banyak maklumat terperinci tentang Karakin di video di bawah, tetapi nampaknya ia akan menggantikan Vikendi untuk Season 6.

Welcome to #Karakin. The new fast-paced map is now live on PC test servers and coming soon to console! Discover what's new: https://t.co/tEGCw5zmzA pic.twitter.com/8fzTX7KLCb

— PUBG: BATTLEGROUNDS (@PUBG) January 15, 2020

Karakin adalah pulau 2×2km di pantai Afrika Utara dan mempunyai persekitaran bergunung/ berbatu yang menyediakan ruang pertempuran yang luas dan mencabar. Peta ini sebenarnya kecil, cepat, dan berbahaya. Bayangkan kalau Miramar bergabung dengan Sanhok. Selain itu, Karakin hanya boleh memuatkan 64 pemain.

Pemain akan bertarung secara jarak jauh di kawasan pergunungan, di bandar, dan pertempuran bawah tanah yang mendebarkan. Dengan pengenalan Black Zone, Karakin diberi satu “twist“: ia adalah peta yang sentiasa berubah dalam setiap perlawanan.

 

1 of 4
- +

Black Zone (Karakin sahaja)

Penambahan Black Zone di Karakin boleh meruntuhkan apa-apa jenis bangunan kepada runtuhan debu dalam sekelip mata.

  • Black Zone direka untuk mendorong pemain keluar dari keselamatan bangunan.
  • Black Zone boleh berlaku secara rawak: bandar dan persekitaran sekeliling boleh dimusnahkan pada bila-bila masa.
  • Bangunan atau runtuhan berubah secara real time sepanjang perlawanan. Jangan terlalu berharap bangunan yang anda gunakan di awal perlawanan masih ada di penghujung perlawanan.
  • Jika anda mendengar siren, dan berada di dalam bulatan ungu di minimap – beredar segera!
  • Bangunan yang dimusnahkan oleh Black Zone akan ditandakan dengan X pada minimap.

Pihak PUBG telah memikirkan bagaimana untuk menambah peta baru ini tanpa memberi kesan buruk pada tempoh matchmaking, kerana Karakin akan menjadi peta ke-5 dalam permainan dan ini akan menambah senarai matchmaking baru. Penyelesaian mereka adalah dengan “Rotating Map Slot“. Rotating Map Slot bermaksud perubahan peta secara bergilir-gilir dari semasa ke semasa. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tempoh matchmaking yang stabil sambil mengekalkan pilihan peta yang segar. Untuk rotation pertama, Vikendi akan memberi peluang kepada Karakin. Vikendi masih boleh dimainkan dalam custom match.

Karakin akan ditambah ke update 6.1.

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KarakinmappubgUpdate
Previous Post

Musim pertama MARVEL Super War kini bermula dan menampilkan Doctor Strange sebagai hero pertama musim ini!

Next Post

Selamat datang ke Rustland Grand Prix, musim terbaru untuk Crash Team Racing Nitro-Fueled!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Selamat datang ke Rustland Grand Prix, musim terbaru untuk Crash Team Racing Nitro-Fueled!

Selamat datang ke Rustland Grand Prix, musim terbaru untuk Crash Team Racing Nitro-Fueled!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd