6 Disember lalu, Fortnite Creative telah dilancarkan untuk pemilik Battle Pass. Pihak Epic Games sendiri mesti konfiden yang fans diorang mesti akan go crazy dengan tool ni.
Apa yang Fortnite Creative tawarkan adalah membolehkan pemain buat sendiri peraturan permainan dan buat apa saja. Ini telah membuka jalan kepada seorang YouTuber KRNG Brush dan seorang streamer Twitch MiscManiac untuk recreate map lejen dari Call of Duty: World at War, Der Riese dengan habis utilize to the max apa yang tool ni boleh buat.
Dan sesungguhnya diorang berjaya sebab memang dah nak sama abis dengan map asal; sampaikan jalan-jalan, selekoh dan banyak elemen dari base Nazi Zombie tu. KRNG Brush siap share lagi kat Twitter dengan kasi walkthrough pendek map tu sambil tunjuk lokasi-lokasi penting macam Hangar Garage dan animal testing lab, dimana diorang ambik masa 12 jam untuk siapkan semuanya:
Remade the Call of Duty Zombies Map "The Giant" (Der Riese) in Fortnite Creative mode! Spent about 12 hours total on this map with @MiscManiac trying to get as close to the original as possible. pic.twitter.com/7ZmfgNKirD
— Brush (@Brush) December 12, 2018
Ramai user hepi sangat dengan perkembangan ni dan siap buat request untuk buat semula map Zombie Kino – dan KRNG Brush siap dah sah kan yang ianya ada dalam senarai diorang untuk remake!
Dan as of 13 Disember, tool ni dah pun available untuk semua. So korang ada mood nak get creative?
@gamersantaimy
Discussion about this post