Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manhwa Tower of God Akan Tiba Dengan Bab Terbaru Pada Mac Ini di Webtoon!

Maira by Maira
February 23, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Komik
0 0
0
Manhwa Tower of God Akan Tiba Dengan Bab Terbaru Pada Mac Ini di Webtoon!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah hampir setengah tahun menghilang, akhirnya manhwa Tower of God kembali dengan bab terbaru. Jangan sangka satu bab sahaja yang keluar, tetapi ada enam bab terbaru tersedia untuk dibaca oleh peminat. Ia sememangnya membuatkan ramai peminat terkejut dan teruja.

Kepada anda yang tidak mengenali siri manhwa ini, Tower of God merupakan salah satu siri terkenal yang diterbitkan melalui Webtoon pada Jun 2010. Populariti manhwa tersebut akhirnya membuatkan siri tersebut mendapat adaptasi anime pada 2020.

Tetapi manhwa tersebut telah berehat pada 2022, tanpa memberitahu bila siri itu akan bersambung semula. Dengan kejutan bab terbaru ini, nampaknya kita boleh nantikan sambungan baru Tower of God dengan bab terbaru akan datang. Berikut adalah sinopsis untuk siri manhwa tersebut:

Terdapat sebuah menara yang memanggil orang-orang terpilih,”Regular” dengan janji untuk mengabulkan keinginan mereka. Sama ada kekayaan, kemasyhuran, kuasa, atau sesuatu benda hebat lain —semuanya menanti mereka yang sampai ke puncak.

Twenty-Fifth Bam ialah seorang budak lelaki yang hanya mengenali gua gelap, pakaian kotor, dan cahaya yang tidak dapat dicapai sepanjang hidupnya. Jadi apabila seorang gadis bernama Rachel datang kepadanya melalui cahaya, seluruh dunianya berubah. Berkawan rapat dengan Rachel selepas itu, dia belajar pelbagai perkara tentang dunia luar. Tetapi apabila Rachel berkata dia akan meninggalkannya untuk memanjat Tower, dunia sekelilingnya telah hancur. Bersumpah untuk mengikuti Rachel, dia terus menuju ke menara tersebut dan keajaiban telah berlaku.

Maka bermulalah perjalanan Bam, yang digelar sebagai “Irregular” kerana bukan salah seorang yang terpilih. Pada waktu itu jugalah, asas pada menara itu mula goyang dengan kehadirannya.

Buat masa ini, versi Inggeris untuk manhwa Tower of God masih belum tersedia di Webtoon untuk dibaca. Tetapi Webtoon telah mengumumkan bahawa bab terbaru akan hadir pada bulan Mac ini. Alang-alang itu, bolehlah baca balik manhwa itu sebelum bab baru keluar nanti.

The wait is over! 💥 Tower of God is returning in March!

What are your theories for the return? #TowerOfGod #WEBTOON #TOG pic.twitter.com/82xQXsJUaq

— WEBTOON (@webtoonofficial) February 23, 2023

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manhwa daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: manhwaSIUTower of GodWebtoon
Previous Post

[Review] Cocaine Bear – Beruang mabuk mengganas dengan tahap komedi maksimum!

Next Post

Pereka filem M3GAN kini tubuhkan studio game Horror – Blumhouse Games

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Pereka filem M3GAN kini tubuhkan studio game Horror – Blumhouse Games

Pereka filem M3GAN kini tubuhkan studio game Horror - Blumhouse Games

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd