Anime Japan 2023 membawa beberapa pengumuman baru yang menarik buat semua peminat manga dan anime. Kita telah melihat beberapa tajuk manhwa turut mendapat adaptasi anime termasuklah Solo Leveling yang akan ditayangkan tahun depan. Satu lagi manhwa diumumkan akan mendapat adaptasi anime tersendiri iaitu siri “A Returner’s Magic Should Be Special.” Anime tersebut dijadualkan untuk tayang pada tahun ini.
Mengenai A Returner’s Magic Should Be Special, ia merupakan siri manhwa yang dihasilkan oleh Wookjakga dan Usonan pada 2018. Anda yang ingin membaca siri ini, boleh ke platform Tappytoon untuk membacanya. Berikut adalah sinopsis siri:
Dunia berada di ambang kemusnahan selepas perang sepuluh tahun yang dahsyat dalam “shadow labyrinth.” Desir Herman adalah salah seorang ahli sihir mahir terakhir yang masih berdiri, tetapi dia juga tidak dapat menandingi musuh yang menggerunkan yang mengancam kewujudan manusia. Hanya apabila dia pasti kiamat telah tiba, dia dihantar kembali ke masa awalnya belajar sihir di Hebrion Academy yang berprestij! Dengan peluang kedua yang jarang berlaku ini, Desir berazam untuk menyelamatkan bukan sahaja dirinya tetapi juga kawan dan rakan seperjuangannya yang telah hilang. Berbekalkan pengetahuan tentang masa depannya, adakah usahanya boleh membawa perubahan, atau adakah mereka semua ditakdirkan untuk menghidupkan takdir yang sama?

Untuk mendapatkan liputan menarik mengenai manhwa daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post