Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mangaka Oshiete! Galko-chan ditahan kerana Seludup Pornografi kanak-kanak dari Jerman!

Maira by Maira
December 21, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Mangaka Oshiete! Galko-chan ditahan kerana Seludup Pornografi kanak-kanak dari Jerman!
Share on FacebookShare on Twitter

Kenya Suzuki, mangaka untuk siri Oshiete! Galko-chan telah ditahan kerana disyaki telah menyeludup masuk pornografi kanak-kanak dari Jerman dan melanggar undang-undang kastam Jepun. Mangaka berumur 40 tahun itu juga telah disiasat kerana melanggar undang-undang pelacuran kanak-kanak dan pornografi Jepun.

Menurut laporan, polis telah menjumpai 46 buku yang mengandungi pornografi kanak-kanak semasa menggeledah kediaman Suzuki Julai lalu. Suzuki telah menyeludup 6 buku pada September dan Oktober tahun lalu dan itulah punca penyiasatan bermula. Buku-buku itu boleh dikesan kerana bungkusan tersebut didaftarkan di peringkat antarabangsa.

Menurut Kyodo news, Suzuki memberitahu bahawa koleksi buku tersebut hanya sebagai koleksinya sahaja dan bukan untuk dijual. “Saya tidak boleh mendapatkan buku tersebut di Jepun dan saya sangat inginkannya. Saya tidak boleh menahan diri saya” kata Suzuki kepada wartawan.

Suzuki juga sebenarnya telah hilang seketika sebelum ditahan. Battan, yang merupakan penulis untuk Nijiiro Complex dan Kemutai Ane to Zurui Imouto, pada mulanya telah memberi laporan mengenainya dan mengajak orang ramai untuk membantunya mencari Suzuki. Selepas itu, dia telah memberikan kemas kini bahawa Suzuki selamat. Kouta Matsuda yang juga turut serta membantu, telah menerima beberapa ugutan bunuh kerana ramai pengguna di Twitter yang keliru dengannya dan Suzuki.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Ini bukan kes pertama mengenai mangaka yang ditahan dengan kesalahan yang sama. Mangaka Rurouni Kenshin, Watsuki Nobuhiro juga telah disiasat dan ditahan kerana memiliki pornografi kanak-kanak. Pada tahun 2017, dia telah didakwa selepas dia mengakui bahawa dia minat terhadap “perempuan sekolah rendah sehingga menengah rendah.” Semasa kes itu berlanjutan, Rurouni Kenshin telah direhatkan tetapi Shueisha telah menyambung semula penerbitan manga tersebut di Jepun.

Apa pendapat anda dengan masalah pornografi kanak-kanak ini? Agaknya apa yang membuatkan diorang teringin sangat untuk mempunyai porno seperti itu? Boleh kongsikan komen anda di bawah. Untuk ikuti liputan lain mengenai anime dan manga, sila klik pautan ini.

Sumber: comicbook, AnimeCorner

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangakaOshiete! Galko-chanpornografi kanak-kanak
Previous Post

PlayStation Blog umumkan “Game of the Year” untuk PS4 & PS5! Ratchet & Clank menang besar!

Next Post

Sanggup ugut polis dengan pisau, perompak berjaya curi lebih 50 kad grafik bernilai RM72K!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sanggup ugut polis dengan pisau, perompak berjaya curi lebih 50 kad grafik bernilai RM72K!

Sanggup ugut polis dengan pisau, perompak berjaya curi lebih 50 kad grafik bernilai RM72K!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd