Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Jujutsu Kaisen ditangguhkan buat sementara waktu kerana masalah kesihatan pencipta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Jujutsu Kaisen ditangguhkan buat sementara waktu kerana masalah kesihatan pencipta!
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen adalah salah satu siri paling popular di industri manga! Konsep “supernatural-nya” memang unik, di mana ramai yang menyamakan kejayaannya dengan Bleach. Walau bagaimanapun, nampaknya ada masalah yang berlaku. Pihak Shonen Jump dan pencipta Gege Akutami mengumumkan bahawa manga Jujutsu Kaisen akan ditangguhkan buat sementara waktu kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh pencipta tersebut.

週刊少年ジャンプ29号(6月21日発売)より芥見先生の体調不良のため、『呪術廻戦』はしばらくの間休載させていただきます。
芥見先生からの直筆コメントも合わせてご覧いただけますと幸いです。
なお来週6月14日(月)発売の週刊少年ジャンプ28号では『呪術廻戦』は掲載されております。 pic.twitter.com/ntgiKuICFn

— 少年ジャンプ編集部 (@jump_henshubu) June 10, 2021

Pasukan editorial yang bertanggungjawab untuk Jujutsu Kaisen telah berkongsi berita ini dahulu dan memberitahu bahawa keputusan ini dibuat setelah mereka melihat kesihatan Akutami mula merosot.

“Oleh kerana keadaan fizikal Akutami Gege yang semakin teruk, Jujutsu Kaisen akan ditangguhkan buat sementara waktu untuk isu seterusnya. Akutami ingin terus menulis, tetapi setelah beberapa perbincangan dengan jabatan editorial, ia telah diputuskan bahawa lebih baik bagi Akutami untuk berehat sebentar untuk jangka waktu tertentu. Kami memutuskan bahawa ini adalah keputusan terbaik bagi mangaka tersebut untuk memulihkan keadaan fizikalnya.” tulis Shonen Jump.

Kenyataan ini kemudian disahkan oleh Akutami sendiri ketika dia meminta maaf kepada peminat atas berita ini.

“Saya telah diminta oleh jabatan editorial untuk mengambil cuti dari siri ini, tetapi saya tidak mahu memperlahankan siri mingguan Jujutsu Kaisen kerana ingin mengakhiri siri ini secepat mungkin, dan hanya mampu menangguhkan jawapan saya.”

“Namun, saya tidak dapat memulihkan kesihatan saya berbanding dengan mangaka lain ketika mereka berehat sekali. Sekiranya tidak ada apa-apa yang dilakukan, perkara yang sama akan berulang lagi, jadi saya memutuskan untuk menerima cadangan dari bahagian editorial … Walaupun saya kata saya sakit, ia bukan penyakit serius. Kesihatan mental saya baik sahaja, jadi jangan bimbang. Saya benar-benar minta maaf kerana saya harus membuat anda menunggu. Apabila saya kembali, saya akan melakukan yang terbaik dengan siri ini.” -kata Gege Akutami.

Apabila kita membaca mesejnya di atas, memang amat jelas bahawa Akutami sangat sedih dengan perkara. Saya berharap semua peminat Jujutsu Kaisen dapat menunggu beliau kembali sihat. Jika tidak, bagaimana kita nak melihat penamat Jujutsu Kaisen nanti? Pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan permainan mobile khas untuk siri ini yang anda boleh baca di SINI. Untuk segala liputan tentang siri Jujutsu Kaisen termasuk manga, anime, dan permainan video, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shonen Jump

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gege AkutamihiatusJujutsu Kaisenmangashonen jumptangguh
Previous Post

Watak, Perincian & Gameplay MONARK telah didedahkan dalam PV terbaru!

Next Post

Dapatkan Until We Die semurah RM30 di Steam SEKARANG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dapatkan Until We Die semurah RM30 di Steam SEKARANG!

Dapatkan Until We Die semurah RM30 di Steam SEKARANG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd