Nampaknya kisah keluarga Joestar masih belum berakhir, kerana Part 9 untuk manga Jojo’s Bizarre Adventure telah diumumkan sebentar tadi, bersama manga spinoff baru yang akan meneruskan kisah Josuke dan Hol Horse dari Part 8.
Menurut Manga Mogura RE, Part 9 dari kisah Jojo’s Bizarre Adventure akan bersambung tidak lama lagi setelah pencipta Hirohiko Araki mendapat rehat yang sepatutnya. Jojo’s Bizarre Adventure Part 9 dilaporkan akan diberi nama “JOJO Lands.” Pada masa yang sama, JoJoLion (Part 8) telah berakhir hari ini pada 19 Ogos, setelah lebih dari satu dekad dalam penerbitan. Selain Part 9, siri ini juga akan mendapat manga spin-off baru yang menampilkan watak-watak ikonik dari francais. Laporan awal mendedahkan bahawa manga akan menampilkan Hol Horse dan protagonis Josuke (tidak pasti jika ini adalah Josuke dari Part 8, atau Josuke dari Part 4). Manga ini akan ditulis oleh Kohei Kadono dan akan dilukis oleh Tasuku Karasuma.
Pada 8 Ogos lalu, treler pertama untuk adaptasi anime Stone Ocean juga diumumkan. Ia akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada bulan Disember ini dan mengisahkan tentang Jolyne Cujoh, dan Jotaro Kujo (Stardust Crusader) yang merupakan bapa kepada Jolyn dan juga salah satu watak paling popular dari francais.
Bagi mereka yang tidak tahu jalan cerita Stone Ocean, ia mengisahkan Jolyne Cujoh yang terpaksa masuk ke dalam penjara untuk jenayah yang tidak dilakukannya. “Diberkati” dengan kuasa “Stand“, ia membolehkan Jolyne berubah menjadi tali benang. Kini, dia perlu menavigasi melalui penjara yang bahaya untuk menyelamatkan diri sendiri sambil menyelamatkan bapanya yang kini diancam oleh rancangan jahat Dio Brando.
Berusia hampir 4 dekad, bab pertama Jojo’s Bizarre Adventure membuat debut pada tahun 1987, dan telah berterusan sehingga 8 kisah berbeza, di mana setiap satu memfokuskan pada era yang berbeza dan protagonis lain dalam keluarga Joestar. Kisah paling baru menceritakan tentang seorang pemuda yang ditemui tertanam di S-City di Wilayah-M. Tanpa memori tentang kisah silamnya, pemuda itu akhirnya diberi nama “Josuke”.
Untuk segala liputan kami tentang Jojo’s Bizarre Adventure, sila tekan pautan ini.
Sumber – Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post