Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Dr. Stone Bakal Dapat 3 Bab Tambahan! Berlaku Selepas Penamat Manga!

Maira by Maira
October 30, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Dr. Stone Bakal Dapat 3 Bab Tambahan! Berlaku Selepas Penamat Manga!

© Boichi, Riichirou Inagaki, Shueisha, Viz Media

Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga Dr. Stone telah pun tamat pada bulan Mac 2022, tetapi peminat masih boleh menantikan kandungan baharu kerana manga tersebut akan mendapat tiga bab tambahan nanti! Menurut ANN, bermula 6 November nanti, bab khas tersebut akan diterbitkan di majalah Shonen Jump.

© Boichi, Riichirou Inagaki, Shueisha, Viz Media

Yang menariknya, bab khas Dr. Stone ini akan membawa pembaca selepas penamat manga, di mana Senku mula membina mesin masanya. Bab pertama akan mempunyai 47 muka surat kesemuanya termasuklah satu muka berwarna.

Untuk pengetahuan anda, bab spinoff ini dihasilkan sempenan tayangan cour kedua siri anime, Dr. Stone: New World yang merupakan musim ketiga siri. Adakah Senku berjaya menghasilkan mesin masa yang diingini? Kita kena nantikan apabila ia tersedia di Manga Plus pada bulan depan.

© Kome Studio, Boichi/SHUEISHA, Dr. STONE Project

Sesiapa yang tidak tahu apa itu Dr. Stone, ia merupakan manga yang diterbitkan pada tahun 2017 oleh penulis, Riichiro Inagaki dan artis Boichi. Sehingga kini, manga itu telah mengeluarkan 22 jilid manga dan mempunyai lebih dari 10 juta salinan yang diedarkan. Animenya juga dimulakan pada bulan Julai 2019 dengan bantuan dari TMS Entertainment. Musim ketiga untuk anime Dr. Stone juga sedang ditayangkan. Anda boleh membaca siri ini di MangaPlus. Berikut adalah sinopsis untuk siri Dr. Stone:

Suatu hari yang ditakdirkan, seluruh manusia telah berubah menjadi batu. Bertahun-tahun kemudian, Taiju telah membebaskan dirinya dari terus membatu dan mendapati dirinya dikelilingi oleh patung-patung batu. Situasinya kelihatan suram sehinggalah dia berjumpa dengan rakannya yang sukakan sains, Senku! Bersama-sama, mereka merancang untuk memulihkan kembali kehidupan mereka dengan kuasa sains!

Jika anda ingin membaca liputan lanjut mengenai manga dan anime, anda boleh klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dr. StoneDr. Stone manga
ShareTweetSend
Previous Post

Tayangan Attack on Titan The Final Season Part 4 Seperti Filem! Trailer Baharu Didedahkan!

Next Post

Teasing Master Takagi-san Mendapat Adaptasi Live Action, Bakal Hadir ke Netlix pada Mac 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Teasing Master Takagi-san Mendapat Adaptasi Live Action, Bakal Hadir ke Netlix pada Mac 2024!

Teasing Master Takagi-san Mendapat Adaptasi Live Action, Bakal Hadir ke Netlix pada Mac 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd