Kesinambungan manga popular Death Note oleh Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata akhirnya kembali dan telah menerima tarikh pelepasan pada awal Febuari. Dihasilkan sebanyak 87 muka surat, “one-shot” istimewa ini akan menyatukan semula penulis asal dan ilustrator di atas dalam isu #3 majalah Jump SQ edisi 2020!
Tsugumi Oba and Takeshi Obata will be publishing a new Death Note One-Shot in Issue #3 of Jump SQ. It will have 87 pages. pic.twitter.com/IDrIESwc1y
— Shonen Jump News (@WSJ_manga) December 26, 2019
Storyboard kasar untuk “one-shot” ini mengesahkan bahawa bab baru akan bersambung jalan cerita Death Note asal di mana protagonis Light Yagami/ Kira meningga dunia. Ryuk, si Shinigami yang menjatuhkan buku nota mautnya ke bumi, kini ingin mencari pengganti dan boleh dilihat sedang menawarkan buku Death Note itu kepada pengguna baru. Kami tidak pasti jika Ryuk ingin meneruskan misi Light untuk membasmikan segala yang jahat di bumi atau hanya ingin menghilangkan bosan.
Death Note special one-shot (87 pages) will be published by the original authors Tsugumi Oba & Takeshi Obata ! They revealed nemu (storyboard) for preview. Luke goes to find a talented guy like Light Yagami. pic.twitter.com/bGjAk7Qlfl
— otakujp (@otakucalendarjp) July 13, 2019
Manga Death Note berlangsung dari April 2004 hingga Julai 2006 dan mengandungi 108 bab yang diterbitkan dalam 12 tankōbon. Adaptasi anime menyusul tidak lama selepas itu, dan ditayangkan di Jepun pada Oktober 2006 hingga Jun 2007 dengan jumlah 37 episod. Tiga filem live-action, satu drama televisyen dan sebuah mini-series telah ditayangkan di Jepun, manakala Amerika Syarikat telah melakukan adapatasi filem Netflix sendiri yang ditayangkan pada bulan Ogos 2017.
Selain dari visual yang diterbitkan di laman web Jump SQ, tidak ada maklumat lain yang didedahkan kepada khayalak ramai. Berahsia betul ya mereka kali ini! Walau bagaimanapun, isu #3 majalah Jump SQ akan keluar pada 4 Februari, dan peminat harus tunggu sehingga tarikh tersebut untuk tahu kisahnya.
@gamersantaimy
Discussion about this post