Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Boruto Tiru Plot Avengers: Infinity War? (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Boruto Tiru Plot Avengers: Infinity War? (SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Boruto: Two Blue Vortex telah mengeluarkan bab terbaru pada beberapa hari lepas, dan nampaknya ramai di internet mengatakan ia meniru plot filem Avengers: Infinity War. Mengapa begitu?

New Chapter UP!
(For English Series)

Boruto: Two Blue Vortex Chap 013https://t.co/PUZiyiIjUQ pic.twitter.com/rYMtFQcaxo

— MANGA Plus by SHUEISHA (@mangaplus_o) August 20, 2024

Bab terbaru memfokuskan pada sebuah flashback di mana Uzumaki Boruto dilihat sedang berbincang dengan Kashin Koji (bekas ahli Kara) dan menjelaskan bahawa dia telah membuka Shinjutsu, yang membolehkan dirinya melihat pelbagai masa depan. Di sini, Kashin menawarkan bantuan kepada Boruto supaya mereka boleh mengelakkan masa depan yang paling teruk sekali.

Hurm, sama seperti plot Avengers: Infinity War, bukan? Inilah rumusan lengkap.

AMARAN! SPOILER UNTUK BORUTO: TWO BLUE VORTEX BAB 13!!

Dalam bab sebelum, Boruto telah ditembak oleh Jura (ketua kumpulan God Tree). Sebelum dapat membunuh sasarannya, Jura dihentikan oleh Mamushi (rakan kumpulan God Tree) yang menjelaskan bahawa Boruto sebenarnya mempunyai rakan subahat, lantas memaksa berundur. Boruto, kini yang cedera, mengimbas kembali semasa dia diselamatkan oleh Kashin Koji.

Kredit: Shueisha

Dalam flashback itu, Koji menerangkan bahawa semasa di ambang kematian selepas pertempurannya dengan Otsutsuki Isshiki , dia telah membuka shinjutsu bernama Prescience (Jippō). Hal ini dapat berlaku kerana Amado Sanzu menambah sel Otsutsuki Shibai (dianggap sebagai dewa Otsutsuki) semasa Koji.

Jadi, apakah kebolehan Prescience? Prescience membolehkan Koji melihat masa depan. Bukan sahaja masa depan sekarang, ia juga menunjukkan pelbagai kemungkinan dan realiti lain yang boleh berlaku pada masa hadapan bergantung pada perbuatan mereka.

Kredit: Shueisha

Kejadian ini boleh disamakan seperti plot filem Avengers: Infinity War, di mana Dr. Strange menggunakan Time Stone untuk melihat berjuta-juta masa hadapan bagi mencari solusi untuk mengalahkan Thanos. Akhirnya, Dr. Strange hanya melihat satu realiti di mana Avengers boleh menang. Oleh kerana persamaan itu, ramai netizen mula mengatakan Boruto meniru jalan cerita Avengers.

Kredit: Marvel Studios

Disebabkan kuasa Prescience, Koji dapat tahu tentang peristiwa perubahan memori Boruto dan Kawaki, yang dibuat oleh Eida walaupun memorinya juga diubah. Malah, selepas memenangi kepercayaan Boruto, Koji juga mencadangkan bahawa dia boleh menggunakan pengetahuan dari masa depan untuk membantu Boruto menjadi lebih kuat dan mempelajari pelbagai ninjutsu lain.

Kredit: Shueisha

Namun paling seram sekali, Koji mendedahkan bahawa di semua realiti yang dia lihat, hampir semua berakhir dengan kematian Boruto. Berikut adalah antaranya:

  • Dalam pertarungan dengan Isshiki, Naruto telah mati. Isshiki kemudian akan berjaya hidup semula melalui Kawaki dan menggunakan Boruto sebagai korban untuk Ten-Tails bagi menanam God Tree. Nasib baiklah, realiti ini dapat dielakkan selepas Naruto menang.
  • Selepas mengurung Naruto dan Hinata dengan Daikokuten, Kawaki berjaya membunuh Boruto dan Sarada. Ini akan menyebabkan Kawaki dikalahkan oleh Code dan digunakan sebagai korban untuk Ten-Tails. Realiti ini juga berjaya dielakkan.
  • Di hampir semua masa depan, Ten-Tails membebaskan diri daripada kawalan Code dan berkembang menjadi beberapa God Tree individu (contoh: Jura dan rakan-rakan jahatnya).
  • Di hampir semua masa depan, Boruto dibunuh oleh Jura dan Kawaki dimakan oleh Ten-Tails. God Tree tumbuh, mengakibatkan dunia kiamat.
Kredit: Shueisha

Jika berminat untuk baca lebih lanjut, anda boleh melayari laman web atau aplikasi rasmi Manga Plus!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Boruto
ShareTweetSend
Previous Post

Honor Of Kings Bakal Tambah Skin Datuk Lee Chong Wei Ke Dalam Game!

Next Post

Jujutsu Kaisen “Hidden Inventory / Premature Death Arc” Dijadikan Filem Kompilasi, Bakal Keluar 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Next Post
Jujutsu Kaisen “Hidden Inventory / Premature Death Arc” Dijadikan Filem Kompilasi, Bakal Keluar 2025

Jujutsu Kaisen "Hidden Inventory / Premature Death Arc" Dijadikan Filem Kompilasi, Bakal Keluar 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd