Bab terbaru manga Boruto akan keluar hari esok dan dianggap sebagai finale untuk ‘story arc’ terkini. Malangnya, kami menerima berita buruk bahawa siri manga Boruto juga akan berehat selama 3 bulan bagi menyiapkan kisah seterusnya.
Maklumat ini datang daripada Twitter@Shonen Jump News, yang dipercayai sebagai salah satu pemberi info paling tepat tentang manga dan anime. Katanya, siri manga Boruto akan berehat bermula isu #7-10 di majalah V-Jump. Secara lebih khusus, penangguhan/rehat ini akan bermula secara rasmi selepas keluaran bab #80 pada 20 April dan akan sambung semula dengan keluaran bab #81 pada 20 Ogos 2023.
Jadi apa yang membuatkan Boruto terpaksa berehat?
Daripada apa yang saya faham; Boruto semakin hampir dengan bahagian ‘timeskip’ iaitu fasa dewasa Boruto melawan Kawaki seperti yang dilihat di episod pertama anime. Sudah tentu, saya tidak pasti jika ia akan berlaku dalam story arc seterusnya tetapi segala petanda merujuk ke arah itu.
Sedikit recap supaya semua orang faham.

Dalam bab-bab sebelum, kita dapat melihat Kawaki menjadi semakin rapat dengan keluarga Naruto selepas diselamatkan daripada cengkaman Isshiki. Malah, Naruto pun menganggapnya sebagai anak sendiri manakala Boruto menganggapnya abang. Malangnya dalam bab 79, Kawaki telah mengkhianati keluarga Uzumaki dan seluruh kampung Konoha.
Rasa dirinya terlalu berbakti kepada Naruto, Kawaki memerangkap Naruto dan Hinata di dimensi lain kerana berniat ingin membunuh Boruto yang badannya menghuni roh Otsutsuki Momoshiki.
Selepas mendapati Naruto menghilang diri, satu Konoha kemudian mengejar Kawaki dan hampir berjaya menangkapnya… Tetapi kerana beberapa insiden yang tidak dijangka, satu plot twist besar telah berlaku.

Tiada siapa yang sangka bahawa kehidupan Boruto dan Kawaki akan berubah. Menggunakan teknik terlarang, Eida (seorang cyborg dengan DNA Otsutsuki) telah mengubah realiti supaya Boruto dianggap sebagai penjahat Konoha manakala Kawaki dianggap sebagai anak Naruto.
Itulah punca konflik utama yang membuatkan Boruto dan Kawaki bertarung di episod pertama! Bak kata Momoshiki; “dunia mereka kini terbalik di mana Kawaki sekarang ialah anak Naruto yang dilahirkan dan dibesarkan di Konoha manakala Boruto adalah orang luar yang mengkhianati keluarga Hokage ke-7 dan kini diburu oleh seluruh Konoha.”

Korang boleh baca rumusan lengkap tentang Boruto bab 79 di SINI!
Memandangkan bab 80 akan dikeluarkan esok, nantikan rumusan lengkap saya! Baca segala liputan kami tentang francais Boruto di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post