Nampaknya satu lagi manga popular akan mendapat versi anime tidak lama lagi. Sekiranya anda menyukai genre sukan, saya yakin anda pernah mendengar tentang siri Blue Lock. Manga bola sepak ini dikenali sebagai salah satu manga sukan paling popular pada masa sekarang, dan siapa sangka apabila Bandai Namco dan 8-Bit Studios mengumumkan adaptasi anime untuk Blue Lock serta mengeluarkan treler istimewa. Diciptakan oleh Muneyuki Kaneshiro dan Yusuke Nomura, anime ini akan keluar pada tahun 2022.
Anda boleh menonton teaser anime Blue Lock di atas dan melihat beberapa watak utamanya iaitu Yoichi Isagi, Rensuke Kunigami, Meguru Bachira. dan Hyoma Chigiri. Bagi bahagian produksi, Tetsuaki Watanabe akan mengarahkan Blue Lock dan Shunsuke Ishikawa akan bertindak sebagai penolong pengarah. Taku Kishimoto pula akan menulis skrip manakala salah satu pencipta manga, Kaneshiro, akan mengawasi jalan cerita.

Kaneshiro dan Nomura memperkenalkan Blue Lock di Majalah Weekly Shōnen pada bulan Ogos 2018. Buat masa ini, Kodansha telah menerbitkan jilid buku yang ke-15, di mana jumlah jilidnya telah dicetak lebih dari 4.5 juta salinan. Berikut adalah sinopsis rasmi:
Cerita ini bermula apabila Jepun dikecualikan dari Piala Dunia FIFA 2018, lalu mendorong Persatuan Bola Sepak Jepun untuk memulakan program bagi menilai pemain sekolah menengah untuk Piala 2022. Isagi Youichi adalah seorang penyerang, dan dijemput ke program ini selepas pasukannya gagal mara ke pusingan seterusnya. Ini berlaku kerana dia memberi bola kepada rakan sepasukannya yang kurang mahir dan tidak berusaha untuk menjaringkan gol kemenangan sendiri. Malangnya, rakan sepasukan tersebut tersasar dan mereka kalah.
Selepas berbincang mengenai keadaan bola sepak Jepun pada masa ini, Persatuan Bola Sepak Jepun mengupah seorang jurulatih eksentrik bernama Ego Jinpachi untuk mencapai impian memenangi Piala Dunia. Sekarang, Ego Jinpachi harus menjadi jurulatih mereka, dan merancang untuk “menghancurkan bola sepak tradisional Jepun” dengan melancarkan latihan inovatif baru yang melibatkan 300 penyerang muda di sebuah fasiliti bernama “Blue Lock”. Di situ, dia akan memberi latihan intensif untuk mewujudkan “penyerang egois terhebat di dunia.”

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Sumber – Twitter@Blue Lock
@gamersantaimy
Discussion about this post