Sudah beberapa tahun francais Bleach mendiamkan diri, tetapi penciptanya, Tite Kubo, tidak akan lupa tentang siri-nya yang paling terkenal. Kisah Bleach telah tamat pada tahun 2016 manakala anime mempunyai pengakhiran yang tidak dijangka kerana tidak mengadaptasikan ‘story arc’ terakhir. Segalanya akan berubah kerana sebuah laporan baru dari Jepun mengesahkan bahawa manga Bleach bakal kembali dengan satu bab istimewa tidak lama lagi!
BLEACH will be receiving a new special chapter of 73 pages to commemorate its 20th Anniversary in Weekly Shonen Jump Issue #36/37.
— Shonen Jump News (@WSJ_manga) July 28, 2021
Ya benar kawan-kawan sekalian. Bleach akan kembali dengan bab baru pada tahun ini, dan ia akan dilukis sendiri oleh Tite Kubo. Projek ini adalah sempena ulang tahun ke-20 francais Bleach, dan saya tahu ramai peminat tidak sabar kan. Menurut promo terbaru di majalah Shonen Jump, Bleach akan menerbitkan bab ‘one-shot’ dalam edisi #36/37. Projek ini akan mempunyai sebanyak 73 mukasurat, dan hanya itu sahaja yang kita tahu setakat ini. Selain itu, maklumat lanjut mengenai ‘one-shot’ ini masih dirahsiakan.
Selain projek ini, Kubo juga sibuk menguruskan siri lain. Sekiranya anda masih ingat, dia kembali ke Shonen Jump dengan sebuah manga pendek berjudul Burn the Witch. Siri baru ini juga mendapat adaptasi anime pada tahun lepas, di mana Kubo mendedahkan bahawa peminat boleh mengharapkan lebih banyak dari siri ini pada masa akan datang. Di samping itu, anime Bleach juga akan membuat ‘comeback’ anime. Setelah sekian lama menunggu, ‘story arc’ Thousand-Year Blood War akan diadaptasikan ke anime, tetapi buat masa ini tidak banyak info yang didedahkan. Mungkin mereka akan menjelaskan info lanjut bersama ‘one-shot’ ini?
Untuk mereka yang tidak tahu, Bleach dianggap sebagai salah satu “Big Three” dalam majalah Shonen Jump pada era awal tahun 00-an, bersama Naruto dan One Piece. Manga ini mempunyai diedarkan lebih dari 120 juta salinan di seluruh dunia, dan diadaptasi menjadi siri anime pada tahun 2004 yang berlangsung selama lapan tahun. Manga Bleach akan kembali dalam bentuk ‘one-shot’ istimewa tapi apa pendapat anda? Jangan segan-silu untuk kongsi pendapat di ruang komen. Untuk segala maklumat kami pasal Bleach, sila tekan pautan ini.
Sumber – Twitter@Shonen Jump News – Unofficial
@gamersantaimy
Discussion about this post