Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Black Clover rehat 3 bulan untuk siap sedia dengan arc terakhir

safwan by safwan
April 26, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Black Clover rehat 3 bulan untuk siap sedia dengan arc terakhir
Share on FacebookShare on Twitter

Kini, manga Black Clover secara rasmi sedang berehat kerana pencipta siri, Yuki Tabata ingin bersiap sedia untuk arc terakhir. Editor dari Shueisha telah memberi kenyataan untuk menjelaskan situasi kepada peminat.

Yuki Tabata baru-baru ini telah menamatkan Spade Kingdom Raid arc apabila Asta dan yang lain dapat memberikan pukulan terakhir kepada Supreme Devil, Lucifero dan berjaya menamatkan ritual Advent of Qliphoth. Tetapi dengan jelas kita boleh nampak ancaman sebenar masih jauh kerana sesuatu yang lebih gelap sedang menunggu dalam bayang.

Dengan pengeluaran Bab 331 siri ini, mereka telah mengumumkan bahawa manga Black Clover secara rasmi akan mengeluarkan arc terakhir yang bertajuk ‘The Ultimate Wizard King’.

Malangnya, manga itu akan berehat selama 3 bulan. Seperti yang dijelaskan oleh jabatan editorial Shueisha dalam surat khas kepada peminat, ini adalah untuk memberikan masa tambahan kepada pencipta siri, Yuji bagi berehat sebelum siri itu kembali untuk arc terakhir dan menamatkan semuanya.

Berikut adalah terjemahan daripada Viz Media berkenaan kenyataan Shueisha dalam surat mereka,

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Black Clover! Untuk mempersiapkan cerita arc baharu, Black Clover akan berehat sebentar mulai keluaran seterusnya. Selepas membincangkan perkara tersebut dengan Tabata Sensei, kami telah memutuskan untuk membenarkan dia berehat seketika sebelum memulakan penciptaan arc baharu.”

“Rehat itu dirancang kira-kira tiga bulan, dan tarikh pulang akan diumumkan dalam keluaran Weekly Shonen Jump yang akan datang. Ini mungkin berita sukar bagi mereka yang menantikan bab seterusnya, tetapi kami meminta kesabaran dan pemahaman anda. Kami meminta anda untuk terus menyokong Black Clover pada masa hadapan.”

Tabata sendiri menyatakan bahawa dia pada mulanya ingin meneruskan tanpa rehat, tetapi rehat juga diperlukan untuk menjadikan Black Clover lebih baik daripada yang dijangkakan!

Jadi apa pendapat korang tentang manga Black Clover yang direhatkan selama 3 bulan? Adakah korang dah siap sedia untuk tinggal Black Clover? Tinggalkan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Black Clover, sila klik pautan ini.

Sumber: Viz Media

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Clover
Previous Post

One Piece episod 1015 antara episod terbaik dalam sejarah anime!

Next Post

Antara MANHWA hebat yang mempunyai ELEMEN GAME selain Solo Leveling!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Antara MANHWA hebat yang mempunyai ELEMEN GAME selain Solo Leveling!

Antara MANHWA hebat yang mempunyai ELEMEN GAME selain Solo Leveling!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd