Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Black Clover dedahkan bentuk penuh Devil milik Asta!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2020 - Updated on October 16, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Manga Black Clover dedahkan bentuk penuh Devil milik Asta!
Share on FacebookShare on Twitter

Black Clover telah memulakan misi latihan baru Asta di mana dia harus berhadapan dengan Devil-nya dan bagi menegaskan betapa seriusnya keadaan, bab terbaru manga oleh Tabata Yuki telah berkongsi pandangan penuh bagi bentuk sebenarnya Devil milik Asta. Ketika Dark Triad dari Spade Kingdom menculik Yami dan Vangeance untuk mengorbankan mereka demi membuka pintu ke underworld, vice-captain Black Bulls mendedahkan rancangannya untuk melatih Asta supaya dia menggunakan kekuatan Devil dengan lebih baik dan menjadikannya pahlawan utama Clover Kingdom.

Bab sebelumnya secara rasmi memulakan latihan Asta dengan Nacht. Asta kini diberi tugas untuk mengalahkan Devil-nya sendiri supaya dapat membuatkan kontrak sepenuhnya untuk benar-benar menggunakan kekuatan Devil. Tetapi dalam latihan ini, Asta akhirnya dapat melihat bagaimana rupa Devil di dalam badannya.

Sumber – Twitter

Pada bab 267, kita diberi imej lengkap Devil dan wajahnya benar-benar unik. Walaupun belum dapat melihat tubuhnya, ini adalah pandangan penuh terhadap diri Devil Asta yang sebenar. Kita telah tahu tentang Devil Asta selepas interaksi bersama Devil lain dalam siri, tetapi bab terbaru menunjukkan bahawa masih ada banyak rahsia yang masih perlu dibongkarkan mengenai identiti Devil Asta . Kita bukan sahaja tidak tahu namanya, malah juga tidak tahu bagaimana perasaan Devil tersebut kepada Asta.

Pada permulaan pertarungan bersama Devil-nya,Asta benar-benar percaya bahawa Devil itu bertarung tanpa niat jahat. Di penghujung bab, kita juga dapat melihat “flashback” ringkas yang menunjukkan seorang gadis muda. Gadis itu kemungkinan besar adalah ibu Asta kerana kedua-duanya mempunyai banyak persamaan.

Sumber – Twitter

Apa pendapat anda tentang bentuk sebenar Devil Asta? Adakah Asta akan dapat mencapai kesepakatan dengan Devil-nya dan membuat kontrak rasmi untuk menjadikan dirinya lebih kuat? Beri tahu kami pendapat anda dalam ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAstaBlack CloverDevilmanga
Previous Post

Sonic dalam Fall Guys?! Kostum terbaru Sonic the Hedgehog akan datang 14 Oktober ini!

Next Post

Mobile game Anime terkenal SLAM DUNK kini dibuka untuk Pre-Register!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mobile game Anime terkenal SLAM DUNK kini dibuka untuk Pre-Register!

Mobile game Anime terkenal SLAM DUNK kini dibuka untuk Pre-Register!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd