Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Berserk # 364 meninggalkan mesej sayu kepada peminat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Berserk # 364  meninggalkan mesej sayu kepada peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Bab # 364 untuk manga Berserk akhirnya dikeluarkan di Jepun pada 10 September (hari ini), dan bersamanya meninggalkan sebuah mesej sayu kepada peminat. Penerbit Young Animal mengesahkan bahawa bab ini memang adalah bab terakhir oleh Kentaro Miura sebelum dia meninggal dunia pada Mei 2021 akibat pembedahan aorta akut, dan dan berjaya diselesaikan bersama pertolongan pembantu rapat dari Studio Gaga.

Bab # 364 untuk manga Berserk diterbitkan dalam majalah Young Animal isu #18, bersama mesej kepada “Semua Peminat Kentaro Miura”, yang menjelaskan tentang masa depan francais, membaca seperti itu:

And with this Berserk Chapter 364 is out, the final chapter Miura worked on.

The future of the series is unknown going forward but if this is where it ends this last chapter seems to be a good place. While part of me wishes their apprentice would continue I'm content with this. pic.twitter.com/PXF0camoCY

— Illy (Health Hiatus) | B+ DT Update Live (@IllyXIV) September 9, 2021

“Kami meminta maaf kerana tidak ada maklumat untuk dikongsi mengenai masa depan siri Berserk buat masa ini. Satu perkara yang dapat kami janjikan kepada anda, sebagai Young Animal, penerbit yang telah bekerja dengan Kentaro Miura untuk Berserk, keutamaan pertama adalah kepadanya- apa yang akan dia fikirkan jika dia masih ada di sini bersama kami.”

Walaupun Young Animal “tidak ada pengumuman” untuk dibuat pada masa ini mengenai masa depan siri, beberapa khabar angin di internet membuat teori bahawa manga masih akan berterusan di bawah pelukis baru, kemungkinan salah seorang pembantu Miura. Ini hanya khabar angin, jadi janganlah percaya bulat-bulat. Selain itu, jilid manga terbaru Berserk akan keluar pada bulan Disember ini dan berfungsi sebagai peringatan khas untuk manuskrip terakhir beliau. Mereka memutuskan untuk menggunakan lakaran kasarnya untuk sampul muka depan kali ini, dengan harapan dapat menyampaikan semangat Miura yang membara kepada semua pembaca.

Berserk Chapter 364

Young Animal juga mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan semula Ou-Roh, manga yang diusahakan oleh Miura beberapa bulan sebelum debut pertama Berserk. Miura bertanggungjawab untuk bahagian seni bagi siri ini, manakala jalan cerita ditulis oleh Buronson, pencipta Fist of the North Star.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Miura dilahirkan pada 11 Julai 1966 di wilayah Chiba. Dia membuat debut manga profesionalnya dengan karya “Futatabi …” di Weekly Shōnen Magazine terbitan Kodansha pada tahun 1985. Dia kemudian menerbitkan versi one-shot untuk manga Berserk di Comicomi Magazine terbitan Hakusensha pada tahun 1988. Dia melancarkan siri manga penuh Berserk dalam majalah Monthly Animal House pada tahun 1989, dan siri ini berlanjutan di majalah Young Animal hingga sekarang. Buat masa ini, terdapat lebih daripada 40 juta salinan yang diedarkan untuk Berserk.

Untuk segala liputan kami tentang francais Berserk, sila tekan pautan ini.

Sumber – Young Animal

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BerserkKentaro MiuramangaYoung Animal
Previous Post

Masih hangat! PUBG Mobile menjadi game mobile Terlaris untuk bulan Ogos 2021!

Next Post

Ada yang tengah bosan? Jom muat turun demo LOST JUDGMENT di PlayStation Store sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ada yang tengah bosan? Jom muat turun demo LOST JUDGMENT di PlayStation Store sekarang!

Ada yang tengah bosan? Jom muat turun demo LOST JUDGMENT di PlayStation Store sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd