Setiap hari Jumaat, Epic Games Store akan mengemas kini barisan game percuma yang tersedia selama satu minggu. Sudah beberapa bulan yang lepas, Epic memberi dua hingga tiga game secara percuma setiap minggu. Kini, mereka kembali dengan memberi satu game tetapi ianya misteri sehingga masanya tiba. Maneater adalah game percuma yang diberi oleh Epic Games!
Mulai hari ini, 10 Jun hingga 16 Jun, korang boleh tebus Maneater tanpa sebarang kos dan akan berada dalam koleksi buat selama-lamanya. Best kan? Jom saya ceritakan sedikit tentang game ikan ni.
Dibangunkan oleh Tripwire Interactive, Maneater adalah game action RPG yang telah dilancarkan pada 20 Mei 2020 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC. Bukan selalu kita akan bermain sebagai ikan, tambah pula dengan menjadi ikan jerung kecil yang ingin membalas dendam kepada pemburu jerung, Scaly Pete. Hal ini kerana, pemburu tersebut telah membunuh ibunya dan mencacatkan mukanya sebagai anak anjing.
Selepas kematian pemburu tersebut, jerung itu akan mengembara ke tapak eksperimen misteri dan berhadapan dengan raksasa radioaktif yang menyebabkan huru-hara di sekitar Port Clovis.

Berikut adalah ciri-ciri utama Maneater:
- Jalan cerita yang unik
- Kempen yang berdasarkan cerita yang dikisahkan oleh Chriss Pernell (Rick dan Morty).
- Pertempuran yang pelbagai dan menarik
- Lawan hidupan liar yang ganas termasuk pemangsa lain dan pemburu jerung.
- Berevolusi menjadi lagenda
- Makan manusia dan hidupan liar untuk membesar dan cari harta untuk berevolusi menjadi lebih hebat.
- Terokai teluk
- 7 kawasan besar termasuk teluk pantai, dok perindustrian, pantai peranginan, lautan terbuka dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat tebus Maneater sekarang di Epic Games Store secara percuma. Untuk lebih banyak berita tentang game percuma, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post