Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Man of Medan (Switch) Review: Membawa Pemain ke Kapal Berhantu di Mana-mana Sahaja!

Maira by Maira
June 7, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Nintendo Switch, Review, Seram
0 0
0
Man of Medan (Switch) Review: Membawa Pemain ke Kapal Berhantu di Mana-mana Sahaja!

Kredit imej: Bandai Namco Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Man of Medan merupakan entri pertama untuk The Dark Pictures Anthology yang dibangunkan oleh Supermassive Games. Setelah sekian lama dilancarkan pada konsol dan PC, game itu akhirnya tiba ke Nintendo Switch. Memandangkan game ini telah dilancarkan pada 2019, kami tidak akan mengulas secara penuh dan hanya menyentuh bahagian prestasi sahaja. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca!

Pengenalan ringkas game

Game seram Man of Medan membawa pemain ke Selatan Pasifik, di mana lima orang rakan telah berlayar untuk satu percutian pendek dengan harapan untuk bertemu bangkai kapal perang dunia kedua. Pelbagai perkara yang terjadi termasuklah ribut membuatkan percutian mereka bertukar ngeri.

Untuk versi Switch, The Dark Pictures: Man of Medan hadir dengan bab “Flooded” dan juga mode Curator’s Cut.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Grafik yang kurang memuaskan

Untuk sebuah game sinematik, Man of Medan versi Switch mempunyai grafik yang agak menyedihkan. Memang nampak sangat bezanya jika nak dibandingkan dengan versi lain. Senang cerita, grafik game ini kelihatan seperti anda main dengan tetapan paling rendah pada PC.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kadang-kadang kepala watak seperti mempunyai masalah rambut, dan ada juga yang kelihatan hampir botak. Mata watak juga kadang-kadang menjadi putih sepenuhnya untuk beberapa detik. Tetapi itu mungkin masalah glitch. Seram juga apabila sesuatu seperti itu berlaku.

Persekitaran game juga kelihatan kosong, lebih-lebih lagi semasa adegan awal di mana sekumpulan kawan tersebut berada di tengah-tengah lautan. Selain daripada itu, suasana di dalam kapal berhantu masih lagi menyeramkan sama seperti versi platform yang lain.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Senang cerita, grafik game ini kelihatan seperti anda main dengan tetapan paling rendah pada PC.

Prestasi game

FPS untuk game ini juga dikunci pada 24 FPS. Memandangkan game ini kelihatan seperti filem, jadi kami tidak begitu kisah mengenainya. Kami tidak perasan jika ada FPS jatuh semasa bermain dengan mode handheld tetapi kalau melalui mode docked, memang boleh perasan bahawa FPS ada jatuh sedikit. Kadang-kadang ada juga rasa macam sangkut sedikit tetapi itu bukanlah masalah yang besar.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Cuma satu sahaja masalah kami semasa bermain. Tidak tahulah jika joycon kami yang rosak atau memang masalah game, tetapi watak memang susah betul untuk digerakkan. Kami perlu tolak analog lebih kuat daripada biasa. Bila berjalan dalam kapal berhantu, banyak kali juga watak kami tersekat. Nasib baik segala benda lain berfungsi dengan elok lebih-lebih lagi semasa QTE.

Selain daripada itu, semuanya bagus dan game tidak crash langsung semasa bermain.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kesimpulan

Man of Medan on Switch mungkin kurang memuaskan bagi kami kerana kami telah memainkannya di PC dengan prestasi dan grafik yang lebih baik. Walaupun begitu, ia masih port yang baik untuk mereka yang menyukai game seperti Man of Medan.

Game ini juga menyampaikan set lengkap kandungan yang tersedia daripada kemas kini terbaharu game yang boleh dinikmati oleh pemain Switch tidak seperti pemain platform lain yang perlu menunggu beberapa bulan sebelum mereka boleh mendapatkan kandungan tersebut.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Akhir kata, jika anda suka game sinematik seram, boleh dapatkannya sekarang di Switch. Kalau anda ingin bermain dengan grafik dan prestasi yang lebih baik, rasanya lebih baik anda bermain game ini di platform lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Man of MedanThe Dark Pictures Anthology: Man of Medan
ShareTweetSend
Previous Post

Eyeshield 21 akan keluar projek “one-shot” baru, animasi khas dibuat oleh Yusuke Murata

Next Post

Kementerian Pendidikan berminat untuk mengenalkan e-sukan di sekolah

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kementerian Pendidikan berminat untuk mengenalkan e-sukan di sekolah

Kementerian Pendidikan berminat untuk mengenalkan e-sukan di sekolah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd