Ada baki dua bulan lebih lagi sebelum game terbaru SEGA, Like A Dragon: Infinite Wealth dikeluarkan. Walaupun begitu, tidak salah kalau anda membuat persediaan awal untuk PC anda sebelum game itu keluar nanti. Baru-baru ini, Steam telah pun mendedahkan spesifikasi minimum dan recommended PC untuk Like A Dragon: Infinite Wealth. Jom kita semak senarai spesifikasi game itu sekarang!
Minimum | Recommended | |||||
OS | Windows 10 1903 (OS Build 18362), 64-bit | Windows 10 1903 (OS Build 18362), 64-bit | ||||
Processor | Intel Core i5-3470, 3.2 GHz | AMD Ryzen 3 1200, 3.1 GHz | Intel Core i7-4790, 3.6 GHz | AMD Ryzen 5 1600, 3.2 GHz | ||
RAM | 8 GB RAM | 16 GB RAM | ||||
GPU | NVIDIA GeForce GTX 960, 4 GB | AMD Radeon RX 460 | Intel Arc A380, 6 GB | NVIDIA GeForce RTX 2060, 6GB | AMD Radeon RX 5700, 8 GB | Intel Arc A750, 8 GB |
Direct X | Version 12 | |||||
Storan | 82 GB | |||||
Sound Card | Windows Compatible Audio Device | |||||
Nota Tambahan | 1080p Low @ 30 FPS dengan Balanced FSR 1.0, memerlukan CPU yang menyokong instruction AVX dan SSE4.2 | 1080p High @ 60 FPS tanpa FSR, memerlukan CPU yang menyokong instruction AVX dan SSE4.2 |
Tentang Like A Dragon: Infinite Wealth
Diumumkan pada September yang lalu, Like A Dragon: Infinite Wealth menemukan kita semula dengan Ichiban Kasuga dan Kazuma Kiryu dalam entri baharu francais game terkenal oleh Ryu Ga Gotoku. Anda boleh mengalami pertempuran RPG yang dinamik dan pantas di mana medan perang sekililing boleh menjadi senjata anda dan apa-apa sahaja boleh berlaku. Ubah suai kemahiran parti anda mengiku situasi dengan pekerjaan dan customization gila untuk menewaskan musuh secara strategik dengan gerakan brutal.

Kita juga bukan sahaja meneroka bandar Jepun tetapi juga Hawaii! Detik-detik yang tidak dapat dilupakan menanti di setiap langkah perjalanan dengan campuran misi dan aktiviti unik untuk dinikmati pada masa lapang anda.

Like a Dragon: Infinite Wealth akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 26 Januari 2024. Baca segla liputan kami tentang Like A Dragon di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post