Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia ialah “Negara Ke-8 Paling Suka Anime di Dunia”, Menurut Kajian

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Senarai, Temuramah
0 0
0
Malaysia ialah “Negara Ke-8 Paling Suka Anime di Dunia”, Menurut Kajian
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dinafikan bahawa anime menikmati populariti global yang sangat-sangat besar. Zaman hanya kanak-kanak sahaja yang menonton anime sudah lama berlalu, kerana hampir semua orang kini menonton anime tidak kisah genre apa. Oleh itu, sebuah kajian dilakukan yang mengatakan bahawa Malaysia ialah “Negara Ke-8 Paling Menyukai Anime di Dunia“.

Kredit: Masashi Kishimoto 岸本 斉史

Walaupun sumbernya lain, kajian ini mula menjadi viral selepas dikongsi oleh FB Masashi Kishimoto 岸本 斉史 (bukan pencipta sebenar Naruto ya, tetapi fanpage anime). Menurut data itu, Jepun mendahului senarai sebagai negara yang paling banyak menonton anime popular dengan 75.87%. Di tempat kedua adalah Amerika Syarikat dengan 71.8% diikuti oleh Filipina di tempat ketiga dengan peratusan sebanyak 70.58%.

Apa yang menarik adalah Malaysia menduduki tempat ke-8 dengan peratusan (42.7%).

Berikut adalah senarai 10 Negara Tertinggi:

  • Jepun
  • Filipina
  • Vietnam
  • Malaysia
  • Chile
  • Myanmar
  • Taiwan
  • China
  • Hong Kong
  • Singapura
Kredit: Toei Animation

Cuma saya perlu minta PERHATIAN semua orang. Saya tidak dapat mengesahkan jika sumber ini tepat atau tidak, jadi janganlah percaya data-data yang ditunjukkan itu 100%. Sumber maklumat berasal daripada World Population Review dan menurut mereka, ini adalah analisis data daripada Google Trends tentang semua kata kunci utama berkaitan anime.

Kredit: Studio Gallop, Studio Deen

Walaupun saya tidak pasti jika berita ini sahih atau tidak, tetapi tidak boleh dipertikaikan bahawa Malaysia mempunyai komuniti anime yang besar. Anime sudah ditayangkan di negara kita sejak zaman 90-an lagi, jadi ramai netizen yang membesar menonton anime di kaca televisyen Dragon Ball, Samurai X, Yu-Gi-Oh, Digimon, dan sebagainya.

Kredit: Toei Animation

Masuk je 2023, platform untuk menonton anime secara halal pun semakin bertambah seperti Muse Asia, Ani-One, Crunchyroll, Netflix dan lain-lain; kedai untuk membeli barangan/produk anime rasmi pun semakin bertambah dan boleh ditemui di setiap negeri; dan acara-acara ACG (Anime Comic Games) mampu menarik sehingga beribu-ribu pengunjung.


Apa pendapat anda tentang kajian di atas? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Sembang Attack on Titan, Jujutsu Kaisen & Projek Anime Baharu — Sorotan Panel MAPPA di AFA 2023!

Next Post

Pelancaran Yu-Gi-Oh! OCG English Edition Bakal Tarik Ramai Pemain Baharu — Menurut Konami & Pemain! [AFA 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pelancaran Yu-Gi-Oh! OCG English Edition Bakal Tarik Ramai Pemain Baharu — Menurut Konami & Pemain! [AFA 2023]

Pelancaran Yu-Gi-Oh! OCG English Edition Bakal Tarik Ramai Pemain Baharu -- Menurut Konami & Pemain! [AFA 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd