Kalau anda ingin tahu, siri anime dan manga popular ONE PIECE turut mempunyai game kad tersendiri iaitu “One Piece Card Game”! Game kad itu telah pun menarik banyak perhatian malah kejohanan dunia pertama telah pun berlangsung pada hujung minggu yang lalu. Lebih menarik sekali, pemenang yang memegang takhta sebagai raja lanun tersebut merupakan seorang pemain One Piece Card Game Malaysia!
Setelah berjaya melayakkan diri ke One Piece Card Game World Championship 2023 di Jepun, pemain dari Malaysia GuanRong berjaya mendapatkan gelaran juara dunia mengalahkan pemain Croatia, railz0 dan pemain Amerika Syarikat, Clyde.

“Sangat gembira hari ini dan dapat bermain dengan pemain top serata dunia. Saya rasa sangat bangga dan sangat bersyukur dengan peluang ini dan terima kasih Bandai. MALAYSIA BEST!” ucap GuanRong semasa majlis penyampaian hadiah.
GuanRong membawa pulang hadiah piala emas acara dan kad Monkey D. Luffy Gear 5, yang hanya ada satu salinan sahaja di dunia. Set kad yang digunakan olehnya juga telah didedahkan melalui akaun rasmi X game. Anda boleh lihat tweet tersebut di bawah.
Tentang One Piece Card Game
Game kad ini merupakan sebuah game di mana anda membina dek anda tersendiri dan melawan pihak lawan. Pilih kad dan watak kegemaran anda, dan aturkan strategi anda! Anda boleh lihat lebih lanjut mengenainya melalui laman web rasmi game. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post