Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malas nak bangun dari main game? Ini dia KATIL GAMING~ yang diimpikan semua gamers kental

Bagi pemain yang betul-betul nak duk depan game korang tu haa dah boleh la ni!

Nyny.A by Nyny.A
March 3, 2020
in Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Malas nak bangun dari main game? Ini dia KATIL GAMING~ yang diimpikan semua gamers kental
Share on FacebookShare on Twitter

Para pemain gamers, streamer, esports semuanya lah! Mesti korang selalu teringinkan ruang peribadi untuk bermain game betul tak? Selalu setakat duduk di kerusi gaming, hadap PC atau sofa, menghadap konsol atau telefon pintar korang, rasa sakit pinggang tak? Hari ini kami nak kongsikan sesuatu yang menarik perhatian telah disediakan oleh sebuah syarikat perabot yang membawa siri perabot untuk Gaming bernama Bauhutte dari Jepun! Ya senang cerita mimpi para gamers bakal menjadi kenyataan kerana Bauhutte telah menyediakan KATIL GAMING untuk korang semua! Eh kejap katil gaming??

Katil Gaming ini sebenarnya adalah kombinasi dari perabot serta barangan perabot gaming yang dijual oleh Bauhutte. Dalam kombinasi ini terdapat meja komputer yang boleh meletakkan 2 Monitor gaming beserta speaker.

Manakala jika korang perasan, terdapat meja kabinet kecil dibahagian kepala katil yang mempunyai pemegang telefon pintar boleh laras! Jadi kalau dah letih bermain sambil duduk tu, nak main game mobile bolehlah terus baring kan!

Ada lagi, tidak terhenti disitu, terdapat juga meja yang mempunyai storan tambahan untuk pemain meletakkan cawan minuman, makanan ringan, mee cawan dan produk gaming yang lain! Nak letak cerek untuk mee cawan korang pun dah boleh tu!

Nampak sangat selesa kan? Pulak ada baju tidur yang selesa untuk pemain pakai sambil lepak atas katil tu okay!

Dengan set-up macam ini, memang sesuai terutama bagi gamers yang tiada mood nak keluar rumah, atau lebih sesuai untuk para rakan gamers yang kini dikuarantin dari keluar rumah atas sebab tertentu. Tapi, jangan pula dah terlebih syiok, sampai lupa dunia luar okay!

Sesiapa yang berkenan tu, bolehlah membeli produk Bauhutte melalui Amazon Japan. Tetapi masih ada barangan yang tidak boleh dihantar ke Malaysia. Buat masa ini, Katil Gaming ini adalah berharga 63,750 yen (anggaran RM2483.71) manakala jika beserta kombinasi seperti dalam gambar diatas adalah dalam 126,300 yen (anggaran RM4920.67)! Andai kata tiada pilihan korang dalam Amazon tu, korang boleh cari je barang perabot yang lebih kurang untuk disuaikan macam ni betul tak! Mana tahu kot dapat harga yang lebih murah terutama yang suka sangat barangan dari Ikea tu ~

Sumber: Bauhutte ; Kotaku

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BauhutteGaming BedKatil GamingLazy Gaming BedPerabot Gaming
Previous Post

RPG mobile The Seven Deadly Sins: Grand Cross secara rasmi dilancarkan untuk GLOBAL!

Next Post

Jadilah DigiDestined dengan Digivice baru daripada Last Evolution Kizuna!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jadilah DigiDestined dengan Digivice baru daripada Last Evolution Kizuna!

Jadilah DigiDestined dengan Digivice baru daripada Last Evolution Kizuna!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd