Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Majoriti gamer guna kad grafik GTX 1060! Senarai GPU paling popular pada November 2021 menurut Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 3, 2021
in Artikel, Berita, GPU, PC, Steam, Teknologi
0 0
0
Majoriti gamer guna kad grafik GTX 1060! Senarai GPU paling popular pada November 2021 menurut Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Kad grafik boleh dikatakan sebagai salah satu hardware terpenting untuk sebuah PC dan menjadi penentu jika seseorang gamer boleh bermain game AAA terkini di bawah tetapan kualiti visual tertinggi. Malangnya, tidak semua orang boleh mendapatkan kad grafik terbaik kerana masalah stok terhad. Buat masa ini, ramai gamer masih menggunakan kad grafik lama, dan kajian ini dibuktikan melalui senarai GPU paling popular pada November 2021 oleh Steam.

Menurut hasil tinjauan Steam, kad grafik yang paling popular pada bulan November 2021 ialah GTX 1060, sebuah kad grafik mid-range yang dilancarkan lima tahun lepas, diikuti oleh GTX 1650 yang dilancarkan pada 2019 , lalu ketiga adalah GTX 1050 TI.

Kad grafik GTX 1060 oleh MSI

Dalam kedudukan 10 terbaik, tiada langsung GPU dari siri RTX 30 oleh NVIDIA. Untuk siri RTX 20, hanya RTX 2060 dan RTX 2070 SUPER sahaja yang berada dalam senarai di mana masing-masing berada di kedudukan ke-4 dan ke-9. Ini membuktikan bahawa keadaan masih sangat susah untuk mendapatkan kad grafik RTX 30 dan hanya segelintir sahaja yang berjaya memperolehnya.

Kad grafik RTX 2060 oleh ASUS ROG

Nasib baiklah grafik kad di atas masih dapat memenuhi keperluan minimum untuk kebanyakan game, dan nampaknya ramai orang masih tidak perlu memakai GPU super-canggih untuk bermain game kegemaran mereka. Sebagai contoh, game lumba popular “Forza Horizon 5“ (yang baru-baru ini melanda ban selama 8000 tahun kepada seorang pemain) memerlukan minimum GTX 760 untuk bermain. Sudah tentu, jika korang ingin grafik yang lebih cantik dan lancar, kad grafik yang lebih kuat amat diperlukan.

Berikut adalah senarai GPU paling popular pada November 2021:

  1. NVIDIA GeForce GTX 1060
  2. NVIDIA GeForce GTX 1650
  3. NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti
  4. NVIDIA GeForce RTX 2060
  5. NVIDIA GeForce GTX 1050
  6. NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti
  7. NVIDIA GeForce GTX 1070
  8. NVIDIA GeForce GTX 1660 SUPER
  9. NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER
  10. NVIDIA GeForce GTX 1660

GPU mana korang korang sedang guna? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Steam, sila tekan pautan ini.

Sumber: Steam, Wanuxi

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GPUPCsteamTeknologi
Previous Post

League of Legends: Wild Rift adalah game terbaik iPhone 2021 untuk App Store Award!

Next Post

Genshin Impact, Resident Evil Village, & PES 2021 menang besar di PlayStation Partner Awards 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact, Resident Evil Village, & PES 2021 menang besar di PlayStation Partner Awards 2021!

Genshin Impact, Resident Evil Village, & PES 2021 menang besar di PlayStation Partner Awards 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd