Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Magic: The Gathering Tambah Kad FINAL FANTASY Baharu, Juga Umum Acara Chocobo Racing

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2025
in Artikel, Berita, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Magic: The Gathering Tambah Kad FINAL FANTASY Baharu, Juga Umum Acara Chocobo Racing
Share on FacebookShare on Twitter

Wizards of the Coast, pencipta Magic: The Gathering (MTG) yang telah menghimpunkan lebih 50 juta pemain di seluruh dunia, kini mendedahkan butiran menarik tentang set terbaharu mereka: Magic: The Gathering—FINAL FANTASY, sebahagian daripada siri Universes Beyond.

Akan dilancarkan pada 13 Jun 2025, kolaborasi ini membawa dunia FINAL FANTASY yang ikonik ke dalam permainan kad ini, lengkap dengan ilustrasi memukau dan gameplay yang segar.

Set Magic: The Gathering—FINAL FANTASY mempamerkan koleksi seni FINAL FANTASY terbesar pernah dipersembahkan dalam satu permainan.

Detik-detik bersejarah daripada siri tersebut dihidupkan semula melalui gaya tersendiri artis Magic, di samping ilustrasi klasik FINAL FANTASY yang diberi nafas baharu sebagai kad istimewa yang pasti menarik perhatian.

Antara tarikan utama ialah kad Borderless FINAL FANTASY Artist, dengan karya eksklusif oleh artis terkenal seperti Toshiyuki Itahana dan Toshitaka Matsuda. Watak Vivi Ornitier hasil seni Itahana, serta Kain, Traitorous Dragoon oleh Matsuda, tampil menonjol sebagai kad koleksi yang pasti digemari peminat dan pengumpul.

Set ini turut memperkenalkan watak-watak kesayangan peminat FINAL FANTASY ke dalam dunia Magic, termasuk Choco, Seeker of Paradise dan Moogles’ Valor, yang meraikan ikon seperti Chocobo dan Moogle.

Salah satu pembaharuan paling menarik ialah kemunculan Summon: Leviathan, kad pertama dalam sejarah Magic yang diklasifikasikan sebagai “Saga Creature”. Leviathan dijangka mendominasi gameplay dengan kuasanya melepaskan tsunami yang mampu mengosongkan papan lawan.

Juga ditampilkan dalam set ini ialah siri kad FINAL FANTASY Through the Ages, yang menggabungkan babak-babak klasik daripada francais tersebut bersama elemen strategi Magic: The Gathering—menghidupkan nostalgia sambil memperkaya pengalaman permainan.

Gabungan impian ini pasti menarik perhatian peminat lama dan juga pemain baharu.

Acara Chocobo Racing: Main dan Menang

Bermula 13 Jun hingga 24 Julai, pemain di Malaysia boleh menyertai Acara Chocobo Racing, yang diinspirasikan daripada mini game FINAL FANTASY VII.

Melalui acara berformat Draft dan Sealed di kedai-kedai WPN terpilih, pemain boleh mengumpul mata dengan setiap penyertaan, berpeluang memenangi hadiah eksklusif seperti pin AR Pinfinity, poster, dan tiga token logam edisi khas.

Lagi banyak anda bermain, lagi dekat anda dengan ganjaran menarik ini di mana setiap perlawanan membawa anda lebih hampir kepada kemenangan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasyMagic: The Gathering
ShareTweetSend
Previous Post

Civilization: Eras & Allies Melepasi 2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran Asia

Next Post

Interviu Code Vein II – Bab Baharu Dalam Saga Anime-Vampire Soulslike, Dibawa Ke Tahap Lagi Tinggi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Interviu Code Vein II – Bab Baharu Dalam Saga Anime-Vampire Soulslike, Dibawa Ke Tahap Lagi Tinggi!

Interviu Code Vein II - Bab Baharu Dalam Saga Anime-Vampire Soulslike, Dibawa Ke Tahap Lagi Tinggi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd