Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Magic: The Gathering Lost Caverns of Ixalan Akan Tiba 17 November – Info Lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 14, 2023
in Artikel, Berita, Trading Card Game
0 0
0
Magic: The Gathering Lost Caverns of Ixalan Akan Tiba 17 November – Info Lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Wizards of the Coast mengumumkan bahawa The Lost Caverns of Ixalan, set terbaharu untuk permainan kad popular, Magic: The Gathering (MTG) akan “pre-release” pada 10 November dan akan dikeluarkan secara rasmi pada 17 November.

Sebagai sebahagian daripada sambutan, event Open House untuk pemain baharu dan lama akan diadakan pada 15 November di WPN Premium Store terpilih.

Untuk menyediakan anda semua bagi expansion ini, berikut adalah sorotan utama:

Berlumba ke Teras Bumi

Empat faction saingan akan turun ke Caverns of Ixalan, masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama bagi mendedahkan sumber kuasa Ixalan. Adakah anda akan berpihak dengan Dinosaur of the Sun Empire, mencari kemasyhuran dan kekayaan dengan The Brazen Coalition of Pirates, bersenang-senang dalam bayang syaitan dengan Legion of Dusk, atau menyahut seruan Merfolk yang shamanistik? Setiap faction diwakili dalam Lost Caverns of Ixalan Commander Deck yang sudah dibina, dan sedia dimainkan terus untuk pemain baharu dan berpengalaman.

Di atas adalah Ketua Faction masing-masing.

Mekanik Baru

Semasa mengembara Lost Caverns of Ixalan, anda perlu memikirkan cara untuk menjalankan ekspedisi dengan gameplay tematik baharu.

Mekanik baharu Descend boleh mencetuskan efek berdasarkan jumlah “permanent” yang dimasukkan ke dalam “graveyard” pada giliran tertentu. Bersama “Craft”, mekanik baru ini dapat mengubah kad artifact menjadi item baharu yang berkuasa apabila membayar mana dan membuang komponen yang diperlukan.

Selain itu, mekanik baru ketiga iaitu “Discover” membolehkan pemain membuang kad daripada bahagian atas library sehingga mereka menemui kad “non-land” yang nilai mana adalah sama atau lebih rendah untuk diseru secara percuma atau dimasukkan ke dalam dek.

Jurassic World Bakal Datang

Koleksi Universes Beyond seterusnya akan tiba dengan Jurassic World. Menampilkan watak berkarisma, dinosaur pintar dan lokasi yang hebat, kad ini akan menggembirakan peminat Ixalan dan Jurassic World dan boleh ditemui sekali dalam Set Boosters, Collector Booster dan beberapa pakej Secret Lair. Terdapat sejumlah 26 kad kolaborasi termasuk Ellie dan Alan, Ian Malcolm, Tyrannosaurus klasik.

Tetamu dan Harta Karun Istimewa

Bermula dengan Lost Caverns of Ixalan, reprint tahap Masters akan diolah semula secara estetik dengan pengenalan “Special Guests”. Tetamu ini akan membawa kesan unik semasa menyertai ekspedisi ke alam diketahui. Turut disertakan dalam Lost Caverns of Ixalan ialah “reprint” untuk artifak berkuasa yang tampil dalam seni baharu. Kad-kad ini boleh digali melalui “Box Topper” jenis “non-foil” dalam kotak Draft dan Set Booster, dan dalam foil tradisional dalam kotak Collector Booster.

Mengembara Secara Bergaya

Keindahan Ixalan tampil dengan gaya baharu yang cantik dan rekaan kegemaran peminat. Ditemui secara eksklusif dalam Collector Booster, kad Cosmium Neon Ink yang sangat jarang, menunggu untuk diperoleh oleh pemain. Dewa-dewa Ixalan nampak lebih gah dengan Showcase Frame yang direka untuk mewakili dunia bawah tanah yang mengerikan. Selain itu, anda boleh mendapati rekaan cantik lain seperti Mesoamerican, Travel Poster untuk kad jenis basic land, Extended Art, Borderless dan banyak lagi di seluruh Booster Lost Caverns of Ixalan.

Ketersediaan

Magic the Gathering: Lost Caverns of Ixalan termasuk Draft Booster, Set Booster, Collector Booster, Commander Deck, Prerelease Pack, Bundle, dan Gift Bundle.

Sekali lagi saya ingatkan; mulai 15 November, event Magic Open House akan berlangsung di kedai WPN Premium di Malaysia. Mereka yang berminat untuk mempelajari cara bermain MTG boleh datang untuk bermain. Semua peserta akan menerima kad promosi eksklusif, “Ravenous Chupacabra”.

Pemain yang menjemput rakan sekali turut akan menerima kad promosi kedua, “Cultivate”. Untuk butiran lanjut tentang kedai yang mengambil bahagian, anda boleh menyemak Wizards Store Locator.

Untuk maklumat lanjut tentang Lost Caverns of Ixalan, sila layari laman web rasmi di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lost Caverns of IxalanMagic: The GatheringMTG
ShareTweetSend
Previous Post

Roster Tekken 8 Akhirnya Lengkap Dengan Tambahan “Reina, Si Purple Lightning”!

Next Post

Black Clover M: Rise of the Wizard King Akan Lancar November 30 Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Black Clover M: Rise of the Wizard King Akan Lancar November 30 Di Malaysia!

Black Clover M: Rise of the Wizard King Akan Lancar November 30 Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd