Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1 Kini Ditayangkan Di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1 Kini Ditayangkan Di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk penggemar anime dan idol kerana Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1 kini ditayangkan di pawagam Malaysia! Merupakan bahagian pertama daripada trilogi filem finale, peminat setia sebenarnya sudah boleh menyaksikan filem ini sejak 2 Januari 2025 lalu.

Namun, filem ini hanya ditayangkan di beberapa lokasi pawagam terpilih:

  • GSC Mid Valley
  • GSC MyTown
  • GSC 1 Utama
  • GSC Paradigm JB
  • GSC Gurney Plaza

Sinopsis

Kredit: © 2024 プロジェクトラブライブ!虹ヶ咲学園スクールアイドル同好会ムービー

Kisah bermula dengan kepulangan pelajar asing, Aira, yang membawa jemputan istimewa untuk Nijigasaki High School Idol Club: iaitu peluang untuk bersaing dalam pertandingan berprestij School Idol Grand Prix (GPX). Pertandingan solo ini menentukan idol sekolah paling popular melalui persembahan yang distrim menggunakan aplikasi khas.

Teruja untuk bertanding, enam ahli kelab—Ayumu, Kasumi, Shizuku, Kanata, Emma, dan Lanzhu—berangkat ke Okinawa, di mana mereka terpesona dengan keindahan pemandangan semula jadi pulau itu. Dikelilingi suasana ceria dan idol-idol berbakat dari seluruh Jepun, para gadis bersedia memberikan persembahan terbaik mereka.

Namun, Ayumu menghadapi dilema emosi apabila dia perlu bersaing secara langsung dengan rakan-rakan baiknya demi menaiki tangga kejuaraan. Filem ini menyelami cabaran emosi, kejayaan, dan semangat perpaduan mereka dalam mengejar impian di pentas yang besar.

Tentang Francais

Kredit: © 2024 プロジェクトラブライブ!虹ヶ咲学園スクールアイドル同好会ムービー

Nijigasaki High School Idol Club pertama kali diperkenalkan dalam projek multimedia Love Live! oleh Bushiroad, yang merangkumi anime, manga, muzik, dan permainan video. Siri anime kelab ini mula ditayangkan pada Oktober 2020, diikuti musim kedua pada 2022, dan OVA NEXT SKY pada 2023.

Trilogi ini melanjutkan perjalanan kelab tersebut, menampilkan perkembangan individu mereka sebagai idol sekolah. Tidak seperti kumpulan idol lain, Nijigasaki menumpukan pada aktiviti individu, membolehkan setiap ahli mengejar aspirasi peribadi mereka sambil mengekalkan semangat persahabatan dan perpaduan yang kini menjadi antara sorotan kegemaran peminat.

Kredit: © 2024 プロジェクトラブライブ!虹ヶ咲学園スクールアイドル同好会ムービー

Seperti saya kata tadi, filem ini merupakan sebahagian daripada trilogi yang menjadi penutup kepada anime Love Live! Nijigasaki High School Idol Club. Filem ini ditayangkan buat pertama kali di Jepun pada 6 September 2024 dan mendapat ulasan positif.

Jadual tayangan untuk dua bahagian lagi dalam trilogi ini masih belum diumumkan, tetapi saya yakim ramai yang menantikan kesinambungan kisah ini. Sementara itu, dapatkan tiket anda di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemLove Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 1
ShareTweetSend
Previous Post

[PL2025] APAC Predator League 2025 Dota 2: Group Stage Berakhir, Malaysia Mara Ke Grand Final!

Next Post

Project NET “Warp Jump Test” Kini Bermula di Malaysia! Cara-Cara Untuk Sertai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Project NET “Warp Jump Test” Kini Bermula di Malaysia! Cara-Cara Untuk Sertai!

Project NET "Warp Jump Test" Kini Bermula di Malaysia! Cara-Cara Untuk Sertai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd