Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lollipop Chainsaw RePOP Akan Datang September 2024, Boleh Pre-Order Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Lollipop Chainsaw RePOP Akan Datang September 2024, Boleh Pre-Order Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Dragami Games, Ltd mengumumkan bahawa game aksi zombi Lollipop Chainsaw RePOP akan dikeluarkan pada 25 September untuk PlayStation 5, Xbox Series, Switch, dan PC via Steam. Bukan itu sahaja, pre-order untuk game itu turut dibuka sekarang.

Sempena pengumuman ini, mereka telah mengeluarkan trailer pertama yang anda boleh tonton di bawah:

Lollipop Chainsaw RePOP ialah remake kepada game Lollipop Chainsaw (2012) original, di mana Yoshimi Yasuda menerajui pembangunan sebagai produser. RePOP ialah versi definitif di mana jalan cerita tidak diubah, sebaliknya mereka memfokuskan untuk meningkatkan ciri-ciri quality-of-life dan menambah kandungan game baharu.

Kita akan bermain sebagai Juliet, yang keturunan pemburu zombie, ketika dia berjuang bersama teman lelaki dan keluarganya untuk menghentikan ancaman zombie bermula di sekolah menengahnya semasa hari jadi ke-18.

Kredit: Dragami Games

Gameplay Tambahan

Kredit: Dragami Games

Berbeza daripada Original Mode, RePOP menambahkan “RePOP mode,” yang menggunakan gaya seni berinspirasikan seni pop unik dan berwarna-warni untuk kesan damage.

Selain itu, terdapat 30 kostum, lebih banyak daripada game original. Digabungkan dengan penambahan 4 warna rambut baharu dan 4 chainsaw, ini menambah sehingga 750 kombinasi berbeza.

Kredit: Dragami Games

Berkaitan sistem pertempuran, mereka memperkenalkan sistem Chained Hits Hunting, di mana serangan sukses secara berturut-turut akan meningkatkan kelajuan serangan pemain. Chainsaw Blaster pula kini dilengkapi dengan mode auto-lock dan auto-fire, dan peningkatan jumlah peluru maksimum sebanyak 99.

Akhir sekali, mode “Time Attack” dengan ciri ranking telah ditambah ke dalam game.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lollipop Chainsaw RePOP
ShareTweetSend
Previous Post

eFootball Season 7: King of the Continent Bermula, Tambah European Cup & American Cup

Next Post

MOBA Honor of Kings Tambah Dub Bahasa Melayu, Siap Loghat Utara, Timur & Banyak Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MOBA Honor of Kings Tambah Dub Bahasa Melayu, Siap Loghat Utara, Timur & Banyak Lagi

MOBA Honor of Kings Tambah Dub Bahasa Melayu, Siap Loghat Utara, Timur & Banyak Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd