Riot Games membuat penampilan semasa acara Xbox & Bethesda Game Show malam tadi dengan mengumumkan 5 game yang akan dibawa masuk ke dalam PC game pass termasuk League of Legends, Valorant, Wild Rift, Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics. Dengan kerjasama ini, mereka akan memberikan ganjaran dalam setiap game kepada semua pemain yang melanggan.

Dalam League of Legends dan Wild Rift, Riot Games akan membuka semua champion yang boleh dimainkan termasuk akses hari pertama untuk champion yang akan datang. Dalam League of Legends, terdapat 160 champion yang boleh dimainkan manakala 80 champion dalam Wild Rift.
Kepada yang bermain Valorant dengan menggunakan PC game pass, anda akan dapat semua 18 agent termasuk Fade dan tidak perlu membazirkan masa untuk membuka setiap daripada satu agent. Yang lagi seronoknya, anda berpeluang untuk menjadi pemain yang pertama akan bermain agent baharu pada masa akan datang.

Untuk Legends of Runeterra pula, mereka akan memberikan set foundation atau kad pertama yang dilancarkan untuk game tersebut tanpa sebarang kos. Game yang terakhir adalah Teamfight Tactics yang akan membuka avatar Tier 1 Little Legends.
Anda tidak perlu risau, bonus yang akan diberikan kepada Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics akan diberikan kepada kedua-dua platform iaitu PC dan mobile. Yang penting anda perlu melanggan PC game pass untuk mendapatkan bonus tersebut.
Buat masa sekarang, kami tidak pasti macam mana Riot Games akan aplikasikan perkara ini kepada game mobile dan itu sahaja maklumat yang kami dapatkan. Terdapat banyak lagi yang belum dijelaskan oleh Riot Games termasuk tarikh bagi kandungan ini tersedia. Namun, mereka mengatakan bahawa yang Riot Games akan mengongsikan lebih banyak berita mengenai perkara ini pada masa akan datang.
Jadi, kepada yang ingin mencuba bermain kelima-lima tajuk dari Riot Games, ni adalah masa yang terbaik untuk anda bermain game-game tersebut dengan melanggan PC game pass. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post