Showcase untuk Assassin’s Creed baru sahaja lepas dan kita telah diperkenalkan dengan entri terbaru francais tersebut iaitu Assassin’s Creed Mirage. Setiap game AC mempunyai logo unik masing-masing yang melambangkan identiti untuk latar belakang game tersebut. Assassin’s Creed Mirage juga tidak terkecuali kerana logo game tersebut sebenarnya dihasilkan dengan kaligrafi bahasa Arab!
Melalui Twitter, seorang peminat telah perasan bahawa logo Assassin’s Creed Mirage dihasilkan dengan kaligrafi perkataan arab yang berbunyi “Al Makhfi”. Ianya memang sesuai dengan game tersebut kerana maksud perkataan itu sendiri adalah “yang tersembunyi”. Bukan assassin-lah kalau kita mudah dijumpai oleh musuh betul tidak?

Untuk anda yang terlepas berita, AC Mirage akan membawa pemain kembali ke Timur Tengah atau lebih tepat lagi kota Baghdad yang gah suatu ketika dahulu. Anda akan bermain sebagai Basim yang akan dilatih menjadi menjadi pembunuh upahan.

Kalau anda ada bermain AC Valhalla sebelum ini, sudah tentu anda akan mengenali antagonis game tersebut. Disebabkan AC Mirage berlaku pada 860-870, berkemungkinan waktu itu tengah berlakunya pergolakan kuasa di kota tersebut. Tetapi masih belum didedahkan jika ia akan mengikut sejarah ataupun diolah semula.

Kalau anda ingin bermain game ini, ia sudah tersedia untuk pra-tempah sekarang! Jika anda pra-tempah game ini, anda akan mendapat side quest eksklusif, Forty Thieves. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk lihat harga untuk setiap edisi yang tersedia. AC Mirage juga akan dilancarkan ke PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Amazon Luna dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post