Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA siri anime dengan tema ISEKAI paling best!

Rekomendasi saya kepada peminat anime semua.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2019
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
LIMA siri anime dengan tema ISEKAI paling best!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan video dan anime memang dua perkara yang berbeza, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua media hiburan ini saling berinteraksi sesama sendiri. Terlalu banyak permainan video yang bertemakan atau mempunyai rupa gaya anime, dan tidak kurang juga anime yang mempunyai tema permainan video.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kemunculan anime dengan tema permainan video dan kebanyakan daripada mereka menceritakan protagonis yang dilemparkan ke dalam dunia permainan video, atau lebih dikenali sebagai genre Isekai. Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa anime Isekai yang pasti menarik dan luar biasa untuk anda tonton.

That Time I Got Reincarnated as a Slime

Melihat nama di atas mungkin berbunyi seperti anime dengan jalan cerita yang tidak menarik tetapi nampaknya anime ini yang disiarkan sejak Oktober 2018 mempunyai kisah Isekai yang agak unik dan berbeza. Saya sangat mengesyorkan anime ini.

Sebuah adaptasi langsung daripada novel ringan oleh Fuse, That Time I Got Reincarnated as a Slime, menceritakan kisah seorang lelaki yang mengalami reinkarnasi semula. Daripada menjadi manusia baru, dia benar-benar dijelmakan ke dunia lain sebagai seekor Slime seperti dalam permainan video. Tetapi satu perkara yang agak menarik adalah bahawa tubuh Slime protagonis mempunyai keupayaan untuk menyerap kekuatan atau harta benda yang dimiliki oleh makhluk dan objek yang dia makan.

転生したらスライム That Time I Got Reincarnated As A Slime アニメ GIF from Slimejiken GIFs

Overlord

Tidak seperti anime lain yang menjadikan protagonis sebagai Hero, di Overlord, protagonis boleh mempunyai ciri-ciri Anti-Hero kerana cita-citanya yang cenderung ke arah egois.

Diadaptasi langsung dari novel ringan karya Kugane Maruyama, Overlord menceritakan tentang permainan DMMORPG bernama Yggdrasil yang bakal menutup server, dan salah satu pemain dengan IGN Momonga ingin menikmati saat-saat terakhir sebelum server ditutup. Apa yang berlaku ialah dia terperangkap dalam permainan, dan kemudian mengambil nama Ainz Ooal Gown dan pergi menjelajahi dunia Yggdrasil bersama pengikutnya (NPC) untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Heart Crushing GIF from Heart GIFs

Sword Art Online

Mungkin ramai di antara kamu yang kenal dengan anime popular ini. Walaupun Sword Art Online bukan genre Isekai, tidak dapat dinafikan bahawa anime ini yang mempopulerkan genre Isekai.

Diadaptasi dari novel ringin karya Reki Kawahara, Sword Art Online menceritakan beribu-ribu pemain yang terperangkap dalam permainan VRMMO bernama Sword Art Online, di mana jika pemain mati dalam permainan, mereka juga akan mati di dunia nyata. Protagonis, Kirito – bersama dengan haremnya – harus berjuang untuk menyelesaikan 100 peringkat yang ada dalam permainan untuk akhirnya keluar.

Kirito Attack GIF from Kirito GIFs

Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon?

Nama di atas mungkin terdengar seperti tajuk doujin yang nakal. Secara teknikal, anime ini, yang juga popular dengan nama DanMachi, lebih kepada kepada genre fantasi berbanding Isekai. Walau bagaimanapun, anime ini juga mempunyai beberapa elemen yang berkait dengan ciri-ciri Isekai dan anda boleh mengharapkan cliche Harem yang lawak dalam anime ini.

Diadaptasikan langsung dari novel ringan oleh Fujino Omori, anime ini menceritakan pengembaraan seorang lelaki bernama Bell Cranel dan satu-satunya anggota Familia dewi Hestia. Kerana dewi ini sangat miskin, Bell harus membunuh raksasa di dungeon setiap hari untuk mendapatkan wang. Dia terus meningkatkan diri dan jumpa halangan baru setiap hari, serta bertemu dengan ramai individu yang menjadi inspirasi untuknya.

ダンまち Is It Wrong To Try To Pick Up Girls In A Dungeon? ダンまち外伝 GIF from Danmachi GIFs

The Rising of the Shield Hero

The Rising of the Shield Hero adalah anime baru yang disiarkan sejak Januari lalu dan menekankan perkataan Rising kerana jalan cerita menjadikan protagonis sebagai Anti-Hero. Anime ini adalah salah satu siri yang berjaya membuat saya merasa simpati pada protagonis.

Diadaptasikan langsung dari novel ringan Aneko Yusagi, The Rising of the Shield Hero menceritakan seorang lelaki bernama Naofumi Iwatani yang diseru ke dunia lain sebagai salah satu dari 4 Hero yang akan melindungi dunia ini. Naofumi menerima gelaran Hero Shield dan memegang perisai legenda, tetapi tidak dihormati malah dikhianati oleh mereka yang memanggilnya ke dunia itu. Kebencian menguasai Naofumi dan dia memutuskan untuk mengembara sendiri untuk meningkatkan kebolehannya lagi. Akhirnya dalam perjalanannya, Naofumi juga bertemu dengan orang-orang yang setia dan baik padanya.

Shield Hero GIF from Shield GIFs

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeIs It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon?ISEKAIOverlordPermainan videosword art onlineThat Time I Got Reincarnated as a SlimeThe Rising of the Shield Hero
Previous Post

Huru-hara main Mod Holloween Shadowfall kat Apex Legends? Ni Pro Tips yang korang boleh rujuk!

Next Post

Mana satu pilihan kelas terbaik untuk COD Mobile mod Battle Royale? Jom lihat perbezaanya disini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Mana satu pilihan kelas terbaik untuk COD Mobile mod Battle Royale? Jom lihat perbezaanya disini!

Mana satu pilihan kelas terbaik untuk COD Mobile mod Battle Royale? Jom lihat perbezaanya disini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd