Lima projek terbaru daripada Black Game Developer Fund (BGDF) akan dibangunkan dengan dana sebanyak $1J diberikan. BGDF telah ditubuhkan oleh Humble Games untuk menyokong pembangun game berkulit gelap seluruh dunia untuk mereka membangunkan game. Lima projek terbaru itu juga sebahagian daripada milestone baru termasuk perjanjian penerbitan pertama yang diumumkan daripada Humble Games.

Protodroid DeLTA akan diterbitkan oleh Humble Games
Protodroid DeLTA merupakan game 3D-action platformer yang berlaku di sebuah dunia solarpunk yang indah. Malah pembangun, Adam Kareem telah menandatangani perjanjian penerbitan dengan Humble Games. Adam adalah antara pembangun pertama yang mendaftar untuk mendapatkan pembiayaan sebagai sebahagian daripada program Black Game Developer Fund selepas ia diasaskan pada 2020 dan hari ini dia menjadi rakan kongsi BGDF pertama yang melancarkan game di bawah Humble Games.
Game tersebut dijadualkan untuk dilepaskan pada awal 2023. Ia merupakan sebuah game yang menggabungkan ciri unik francais Sonic dan Mega Man. Anda akan melihat DeLTA, seorang protodroid yang berusaha untuk selamatkan wilayah Radia daripada ancaman Vyper sambil dia mengubah kehidupan orang yang dijumpainya sepanjang perjalanan. Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai game ini, boleh lawati laman web rasmi.

Humble Games Menjanjikan $1J untuk Tahun Ketiga Pembiayaan BGDF
Black Game Developer Fund telah menjadi laluan penting bagi pembangun game Black di seluruh dunia untuk menerima dana yang diperlukan untuk merealisasikan visi mereka, menambah sumber yang diperlukan untuk meneruskan projek mereka atau meneruskan pembangunan untuk milestone mereka yang seterusnya. Wakil Humble Games bersama Sithe Ncube dan Justin Woodward, penasihat strategik BGDF, telah memilih 30+ pembangun dan studio bebas berkulit gelap yang diketuai oleh pembangun berkulit gelap untuk menerima pembiayaan dalam dua tahun pertama program. Humble Games terus memberikan komitmen $1M kepada Black Game Developer Fund tahunan untuk meneruskan kerja menyokong, memperkasa dan membantu mencapai kesaksamaan kaum dalam pembangunan game. Anda boleh mengetahui lebih lanjut melalui pautan ini.

Lima pembangun baru yang berbakat menyertai BGDF
Dengan minat membara terhadap pembangunan game, lima pembangun baru telah menyertai Black Game Developer Fund untuk membantu mereka membawa projek ke tahap produksi yang seterusnya. Berikut adalah lima pembangun tersebut:
- Code Blue Games – 6DEGREES – diasaskan oleh alumni dari studio terkemuka termasuk Sony, Disney dan Bethesda, Code Blue Games sedang membina 6DEGREES, game sci-fi action-adventure third-person, di mana pemain memindahkan fikiran mereka ke dalam pelbagai robot unik untuk melawan musuh, melintasi persekitaran dan menyelesaikan teka-teki sambil perlu melindungi badan fizikal mereka daripada bahaya.
- GxGrainSon – Setelah mencipta dunia yang luar biasa dan watak yang menarik dengan pelancaran game pertempuran 2D fantasi, Arcus Chroma, GxGrainSon terus mengembangkan legasi tajuk asal dalam entri seterusnya.
- Joseph Hooker – Penerima Anugerah Pemimpin Generasi Seterusnya IGDA, game Joseph Hooker yang akan datang menggabungkan estetika retro, rendering moden dan loop gameplay yang menarik.
- Ritual Games – Pembangun Darryl Reid dan Jon Goldthorpe sedang membangunkan game yang diilhamkan daripada game fighting dan filem aksi 80-an.
- Weathered Sweater – Founded by award-winning Trinidadian-American game developer Ryan Huggins, the team at Weathered Sweater is working on a new, unannounced turn-based survival game. Diasaskan oleh Trinidadian- Ryan Huggins, sedang mengusahakan permainan survival turn-based baru yang masih belum diumumkan.
Kalau anda berminat dengan projek-projek baru ini, boleh ikuti laman rasmi mereka. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post