Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA kematian paling SEDIH di Kimetsu no Yaiba! [SPOILER]

Tiada siapa boleh hidup selama-lamaya, termasuk wira kami di Kimetsu no Yaiba.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2019
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
LIMA kematian paling SEDIH di Kimetsu no Yaiba! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba adalah anime paling berjaya tahun ini, dan manga-nya pun sudah sangat popular walaupun hanya berusia tiga tahun. Berlangsung semasa zaman Taisho Jepun di mana iblis berkeliaran liar, Kimetsu no Yaiba mengisahkan seorang budak lelaki bernama Kamado Tanjiro dalam usahanya untuk membalas dendam bagi keluarganya yang terbunuh serta mencari cara mengubah kakaknya kembali kepada manusia.

Sebagai anime yang penuh dengan aksi pembunuhan, ia adalah perkara biasa untuk melihat kematian seorang watak dalam Kimetsu no Yaiba. Biasanya, watak-watak itu akan mati apabila melawan musuh yang jauh lebih kuat daripada mereka. Senarai ini dikhaskan untuk lima kematian lima paling mengejutkan di Kimetsu no Yaiba. Selain itu, senarai ini mempunyai beberapa spoiler utama dari manga, jadi harap maklum!

Rengoku Kyojuro

Hashira pertama untuk mati di dalam siri ialah Rengoku Kyojuro, Hashira Api yang kuat dan sentiasa happy-go-lucky. Semasa Demon Train Arc atau lebih tepat pada bab 66, Rengoku Kyojuro berhadapan dengan Upper Moon Three, Akaza demi melindungi penumpang kereta api. Kekuatannya dipaparkan apabila dia membela lebih daripada 200 orang daripada dibunuh oleh iblis.

Kyojuro berlawan dengan Akaza tetapi akhirnya cedera parah dan tumbang kepada kecederaan. Adegan ini akan ada dalam filem pertama bernama Kimetsu no Yaiba: The Infinity Train Arc, dan boleh ditonton apabila filem itu ditayangkan di Malaysia.

Kochō Shinobu

Seterusnya selepas Kyojuro adalah Kochō Shinobu, Hashira Serangga dengan kebolehan racun yang unik. Oleh kerana tidak cukup kuat untuk mengatasi Upper Moon Two, Doma, Shinobu telah kehilangan nyawanya pada iblis sama yang membunuh kakaknya, Kochō Kanae.

Ternyata Kochō Shinobu meramalkan kematiannya di tangan Doma. Dia telah mula menyerap racun bunga wisteria selama lebih setahun dengan harapan bahawa jika Doma makannya, Doma juga akan makan sebanyak 37 kilogram racun wisteria. Akhirnya, rancangan Shinobu menjadi, kerana Kanao dan Inosuke Hashibira berjaya memenggalkan kepala Doma, dan akhirnya membalas dendam untuk Shinobu.

Tokitō Muichirō

Hashira Kabus dengan penampilan seorang gadis, Tokitō Muichirō, telah dianggap sebagai salah satu hashira yang paling kuat. Muichirō sangat berbakat walaupun masih muda kerana berjaya menjadi hashira hanya dua bulan selepas memulakan latihan. Dia memainkan peranan penting dalam kekalahan Upper Moon One, Kokushibou kerana berjaya mengekangkan pergerakan Kokushibou selepas membuka keupayaan untuk menukar bilah Nichirin kepada warna merah. Ini memberikan keupayaan untuk menghalang kuasa regenerasi semula Kokushibou. Malangnya, Muichirō tetap mati di tangan Kokushibou, setelah mengalami kecederaan yang tidak dapat dipulihkan terutamanya selepas badannya dibelah dua.

Shinazugawa Genya

Shinazugawa Genya adalah seorang demon slayer yang lulus bersama dengan Kamado Tanjiro dan juga adalah adik kepada Shinazugawa Sanemi. Dengan memakan iblis, Genya boleh mendapatkan ciri-ciri iblis buat sementara. Sejauh mana kebolehan ini pergi telah ditunjukkan dalam pertarungan Genya bersama Upper Moon One, Kokushibou. Walaupun separuh tubuhnya dihiris separuh, Genya bukan sahaja masih hidup tetapi masih memiliki kekuatan untuk mengaktifkan Blood Demon Arts yang mencipta peluang untuk rakan lain membunuh Kokushibou. Selepas pertempuran mereka dengan Kokushibou, Genya meminta maaf kerana menyalahkan Sanemi dan mengucapkan terima kasih kepada abangnya kerana sentiasa melindunginya sebelum akhirnya mati dan menjadi debu.

Ubuyashiki Kagaya

Ubuyashiki Kagaya, atau biasanya dikenali sebagai Oyakata-sama, adalah pemimpin ke-97 untuk Kisatsutai. Dia mempunyai keperibadian yang berkarisma & mampu menyentuh hati orang ramai. Semasa Kibutsuji Muzan menyerang markas Kisatsutai untuk menculik Nezuko, Oyakata-sama telah maklumkan kepada Muzan bahawa mereka tidak akan menyerahkan Nezuko.

Oyakata-sama mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan cara meletupkan markas bersama isterinya. Aksi ini mengejutkan Muzan dan melambatkan pergerakannya serta menjadi tanda agar semua Hashira berkumpul untuk menyerang Muzan bersama-sama, lalu menjadi permulaan peperangan paling besar antara Hashira & Upper Moon Demon.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: kematianKimetsu No YaibaKochō ShinobuRengoku KyojuroShinazugawa GenyaTokitō MuichirōUbuyashiki Kagaya
Previous Post

Kata utama dalam permainan adalah ‘DESTRUCTION’! – ulasan temuramah bersama Kim Min Soo dari IGGYMOB – Gungrave G.O.R.E

Next Post

Adakah Generasi baru dapat menewaskan Uzumaki Naruto?! Ini senarai watak yang mungkin dapat mengalahkanya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Adakah Generasi baru dapat menewaskan Uzumaki Naruto?! Ini senarai watak yang mungkin dapat mengalahkanya!

Adakah Generasi baru dapat menewaskan Uzumaki Naruto?! Ini senarai watak yang mungkin dapat mengalahkanya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd