Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon: Infinite Wealth – Sinopsis Cerita & Watak-Watak Penting!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 8, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon: Infinite Wealth – Sinopsis Cerita & Watak-Watak Penting!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mengeluarkan lebih banyak maklumat tentang Like a Dragon: Infinite Wealth – entri terbaru dalam francais Yakuza/Like A Dragon – yang bakal dikeluarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, Steam pada 26 Januari 2024. Khususnya, info kali ini akan menceritakan tentang sinopsis prolog, watak-watak utama yang memainkan peranan penting di dalam Like A Dragon: Infinite Wealth, dan Hawaii yang menjadi lokasi penting dalam entri ini.

Berikut adalah maklumatnya:

Sinopsis Prolog Infinite Wealth

Kredit: SEGA

Tahun adalah 2022. Ichiban Kasuga bekerja tanpa jemu untuk menegakkan legasi mentornya, Masumi Arakawa. Dia membantu memulihkan bekas ahli kumpulan yakuza ke dalam masyarakat di Hello Work. Rakan-rakan yang berjuang bersamanya juga telah kembali ke kehidupan seharian dan mengejar impian baru.

Walau bagaimanapun, apabila video yang memfitnah Kasuga muncul di internet, kehidupan mereka mula menjadi huru-hara. Selain itu, Ebina, kapten kepada Klan Seiryu—sebuah organisasi yakuza yang berasas di Yokohama—memperkenalkan Kasuga kepada seorang lelaki, Jo Sawashiro. Lelaki itu mendedahkan sesuatu yang dahsyat: Akane—ibu Kasuga dan wanita yang Arakawa sayangi—sebenarnya sedang hidup di Hawaii dan teringin untuk melihat anaknya.

Kredit: SEGA

Sawashiro tunduk di hadapan Kasuga dan memohon dia untuk menghormati permintaan itu. Tersentuh dengan rayuannya, Ichiban Kasuga memulakan perjalanan untuk menghantar abu Arakawa.

Di sana, dia bertemu dengan Dragon of Dojima—Kazuma Kiryu…

Kiryu dan Kasuga. Sepasang lelaki yang membawa tanda naga. Pertemuan mereka mencetuskan konspirasi besar yang akan menyelubungi dua dunia yang jauh…

Watak-Watak Penting kepada Jalan Cerita

Ichiban Kasuga (Dilakonkan oleh Kazuhiro Nakaya)

Kredit: SEGA

Hero pertama dalam kisah, Kasuga meneruskan legasi Masumi Arakawa untuk memulihkan bekas yakuza kembali ke masyarakat, dan berniat untuk tidak membiarkan sesiapa pun jatuh ke “lembah gelap” itu lagi. Terkejut apabila dapat tahu bahawa ibunya masih hidup dan sihat di Hawaii, dia pergi mencari ibunya. Di sana, dia sekali lagi terserempak dengan yakuza legenda— Kazuma Kiryu.

Kazuma Kiryu (Dilakonkan oleh Takaya Kuroda)

Kredit: SEGA

Hero kedua dalam kisah. Dahulu legenda di dunia yakuza, Kiryu kini hidup secara rahsia sebagai ejen untuk Daidoji yang beroperasi dalam kedua-dua hal politik dan kewangan. Dalam misi untuk klan itu, dia melawat Hawaii di mana nasibnya sekali lagi terserempak dengan Ichiban Kasuga.

Jo Sawashiro (Dilakonkan oleh Shinichi Tsutsumi)

Kredit: SEGA

Dia pernah menjadi fighter yang kuat di bawah pimpinan Masumi Arakawa. Sekarang, dia sepatutnya menjalani hukuman atas tuduhan membunuh, tetapi disebabkan keadaan tertentu, dia mendapati dirinya bersatu semula dengan pesaing rapatnya Ichiban Kasuga.

Yu Nanba (Dilakonkan oleh Ken Yasuda)

Kredit: SEGA

Bekas gelandangan di Yokohama dan rakan seperjuangan Kasuga. Nanba menikmati kehidupan yang damai bekerja di pejabat sebuah syarikat peralatan perubatan. Walau bagaimanapun, dia tidak sedar tentang kejahatan yang bakal merosakkan kehidupan amannya.

Eiji Mitamura (Dilakonkan oleh Ryo Narita)

Kredit: SEGA

Seorang lelaki muda yang berkaawan dengan Kasuga selepas mereka menaiki kapal terbang yang sama ke Hawaii. Kemahirannya dalam programming berguna apabila Kasuga menghadapi dilema komputer. Walaupun sikapnya lemah lembut, dia tetap tenang dalam situasi kritikal.

Eric Tomizawa (Dilakonkan oleh Satoru Iguchi)

Kredit: SEGA

Orang tempatan Hawaii yang memandu teksi untuk mencari rezeki. Apabila Kasuga melawat Hawaii, dia menaiki teksinya. Kefasihan Eric dalam bahasa Jepun dan sikapnya yang menawan dan peramah serta-merta menarik perhatian Kasuga untuk menjadi kawan.

Koichi Adachi (Dilakonkan oleh Akio Otsuka)

Kredit: SEGA

Bekas detektif dan rakan kepada Kasuga. Setelah memulakan syarikat sekuriti sendiri, Adachi akhirnya maju ke arah mencapai impiannya. Dia juga membantu Kasuga dalam memulihkan bekas ahli yakuza supaya dapat berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Saeko Mukoda (Dilakonkan oleh Sumire Uesaka)

Kredit: SEGA

Hostess kelab kabaret dan rakan seperjuangan Kasuga. Merupakan Pengurus kepada kelab kabaret yang ditinggalkan oleh orang yang menyelamatkannya. Dia berazam untuk mengekalkan perniagaan itu walaupun mengalami kemelesetan ekonomi.

Joongi Han (Dilakonkan oleh Yuichi Nakamura)

Kredit: SEGA

Ahli mafia Korea di Yokohama, Geomijul. Sebagai orang kanan Seonhee, dia diam-diam berusaha ke arah membina semula underworld Yokohama. Walaupun diarahkan oleh Seonhee untuk menolak rundingan dengan Kasuga dan yang lain, dia tidak pernah berhenti risau tentang mereka.

Tianyou Zhao (Dilakonkan oleh Nobuhiko Okamoto)

Kredit: SEGA

Seorang lelaki yang pernah memimpin mafia Cina di Yokohama, Yokohama Liumang. Dia kini telah menyerahkan tanggungjawab itu kepada Seonhee dan mempamerkan
kemahiran masakannya yang luar biasa di bandar. Namun, derianya yang tajam tidak sedikit pun hilang.

Chitose Fujinomiya (Dilakonkan oleh Anju Inami)

Kredit: SEGA

Seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga rumah. Secara kebetulan, dia bertemu dengan Kasuga yang berada di Hawaii. Walaupun kelihatan tenang dan ayu, Fujinomiya menyimpan rahsia yang besar…

Seonhee (Dilakonkan oleh Hana Takeda)

Kredit: SEGA

Pemimpin tabah kepada geng paling berkuasa di Yokohama, Liumang dan Geomijul. Dia pernah bermusuh dengan Kasuga dan rakan-rakannya, tetapi akhirnya menjadi rakan sekutu. Dia percay bahawa mereka mesti menjauhkan diri daripada underworld untuk menjalani kehidupan yang baik dan aman, jadi Seonhee akhirnya memutuskan hubungan dengan mereka.

Masataka Ebina (Dilakonkan oleh Hiroki Hasegawa)

Kredit: SEGA

Seorang lelaki yang bekerja sebagai kapten Klan Seiryu. Disebabkan pengerusi kini dipenjarakan, dia telah menjadi pemimpin semasa. Apabila Kasuga melawat pejabat klan, Ebina memperkenalkan dia kepada individu rahsia.

Cara-cara Mengembara Sekitar Pulau Hawaii

Berjalan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan teksi!

Kredit: SEGA

Dengan bayaran yang kecil, anda boleh fast-travel ke kawasan yang berbeza dengan memanggil teksi pada aplikasi telefon. Untuk memanggil teksi, lancarkan aplikasi pada telefon pintar, pilih destinasi pada peta dan buat bayaran. Teksi akan muncul dan segera membawa anda ke destinasi.

Meluncur pakai skuter!

Kredit: SEGA

Skuter elektrik adalah kenderaan yang sangat berguna untuk meneroka Hawaii. Ia datang dengan fungsi yang akan membawa anda ke destinasi secara automatik, dan juga boleh diubahsuai penampilannya. Walau bagaimanapun, jika bateri kehabisan, anda tidak mampu bergerak lagi.

Melawat Hawaii dalam bas troli!

Kredit: SEGA

Bas troli adalah pengangkutan yang popular di Hawaii. Lawat lokasi popular dan nikmati segala-gala yang Hawaii boleh tawarkan!


Dapatkan segala berita kami tentang Like A Dragon: Infinite Wealth di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a DragonLike A Dragon: Infinite Wealth
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Malaysia Umumkan ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip! Tersedia Sekarang!

Next Post

Trailer Rasmi BoBoiBoy Galaxy Sori Didedahkan! Bakal Tayang Awal Disember Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Trailer Rasmi BoBoiBoy Galaxy Sori Didedahkan! Bakal Tayang Awal Disember Ini!

Trailer Rasmi BoBoiBoy Galaxy Sori Didedahkan! Bakal Tayang Awal Disember Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd