Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon: Infinite Wealth Preview — Combat yang Menyerlah Serta Game Mini yang Menarik [ICC 2023]

Maira by Maira
November 5, 2023
in Artikel, Berita, Game, Preview
0 0
0
Like a Dragon: Infinite Wealth Preview — Combat yang Menyerlah Serta Game Mini yang Menarik [ICC 2023]

Sumber: SEGA

Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah membuka booth di Indonesia Comic Con 2023 dan membawa beberapa demo game untuk peminat. Antara demo yang tersedia adalah Like A Dragon: Infinite Wealth, entri mainline terbaru untuk francais Like A Dragon. Sudah lama juga kami ingin mencubanya. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca preview pendek kami untuknya!

Demo Like a Dragon: Infinite Wealth membawa pemain dalam pengembaraan yang menarik di tempat yang sama sekali berbeza iaitu bandar tropika Honolulu. Untuk pandangan pertama, kami dapat merasakan perbezaan yang besar berbanding dengan Jepun, sama adapada atmosfera, bangunan, atau NPC yang boleh anda temui dan juga berkawan dengannya.

Sumber: SEGA

Pemain diberi akses kepada parti penuh termasuklah Kazuma Kiryu. Dia boleh dikatakan paling OP daripada yang lain pada pendapat kerana dia dilengkapi dengan empat gaya pertarungan berbeza yang boleh dilaraskan mengikut situasi. Dia juga mempunyai mod “Dragon’s Resurgence” yang memberikan anda kawalan seperti permainan aksi Yakuza yang lain, di mana Kiryu boleh menghapuskan skuad musuh dengan serangan penumbuk kuat tanpa henti sepanjang tempoh mod.

Sumber: SEGA

Daripada demo yang kami mainkan, setiap watak dalam parti telah dilengkapi dengan banyak skill. Seperti game terdahulu, game ini menggunakan sistem turn-based combat. Berbeza dengan game mainline sebelum ini, pertarungan yang lebih baru juga menyuntik lebih banyak unsur komedi, tetapi anda boleh bayangkan bahawa ia juga boleh berasa pelik apabila anda berada pada tahap cerita yang semakin serius.

Sumber: SEGA

Selain daripada melawan sekumpulan punk, yang biasanya diketuai oleh bos mini, demo itu juga memberi kami akses kepada beberapa siri game mini yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang kami suka adala mengambil gambar kumpulan Sickos atau lelaki berotot aneh yang memakai seluar dalam dan topeng rama-rama. Game mini ini sangat mudah kerana anda akan dibawa secara automatik melalui jalan-jalan di Honolulu untuk melihat kawasan sekeliling dan mengambil gambar Sickos yang anda temui, tetapi bahagian yang terbaik ialah bagaimana mereka tiba-tiba muncul entah dari mana sambil melakukan aksi lucu.

Sumber: SEGA

Sekuel ini pasti membuatkan ramai peminat teruja nanti, lebih-lebih lagi dengan kembalinya Kiryu di dalam game. Like a Dragon: Infinite Wealth akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 26 Januari 2024. Baca segala liputan kami tentang Like A Dragon di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Indonesia Comic Con 2023Like a DragonLike A Dragon: Infinite Wealthsega
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 5 Tactica Preview — Gameplay Lebih Kasual, Membawa Elemen Daripada Game Original [ICC 2023]

Next Post

Zenless Zone Zero Buka Pendaftaran Beta Kedua! Daftar Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Zenless Zone Zero Buka Pendaftaran Beta Kedua! Daftar Sekarang!

Zenless Zone Zero Buka Pendaftaran Beta Kedua! Daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd