Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon 8 (Yakuza) akan keluar pada 2024, menampilkan sistem dua protagonis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon 8 (Yakuza) akan keluar pada 2024, menampilkan sistem dua protagonis!
Share on FacebookShare on Twitter

Like a Dragon 8 aka Yakuza 8 telah diumumkan secara rasmi di Ryu Ga Gotoku Studio Summit (dihadiri oleh wakil kami daripada Gamer Braves) yang sah akan dikeluarkan pada tahun 2024. Bersama pengumuman ini, sebuah trailer menunjukkan bahawa game kali ini akan menampilkan dua protagonis daripada siri utama.

Anda boleh menonton trailer rasmi di bawah:

Trailer Like a Dragon 8 bermula dengan menunjukkan siluet Ichiban Kasuga – protagonis Yakuza 7: Like A Dragon (dilakonkan oleh Kazuhiro Nakaya) sedang berjalan melalui Kamurucho sebelum dia ditemani oleh sosok bayangan lain, yang kemudian didedahkan sebagai Kazuma Kiryu – protagonis Yakuza 1- 6 (dilakonkan oleh Takaya Kuroda).

Kedua-duanya berjalan bersama-sama sambil Kiryu berkata “Guess we don’t have a choice/Nampaknya kita tidak mempunyai pilihan” lalu Ichiban membalas “It’s Hero Time/Masa untuk Hero”. Kamera kemudian menunjukkan close-up muka mereka berdua, yang mendedahkan rupa Kiryu yang lebih tua.

Selepas trailer didedahkan, sesi temu bual bersama pelakon diadakan: Kiri – Takaya Kuroda // Kanan – Kazuhiro Nakaya

Sekuel ini akan menampilkan Kazuma Kiryu dan Ichiban Kasuga dalam peranan dual-protagonis di mana kita boleh bertukar antara kedua-dua watak. Yang anehnya, Kiryu kini mempunyai gaya rambut ala-ala Justin Bieber dan pakaian baru, di mana RGG Studio menjelaskan bahawa mereka akan menerangkan tentang perubahan ini dalam jalan cerita permainan, serta sebab mengapa dia kembali di dalam entri ke-8.

Dalam interview bersama developer, Ryu Ga Gotoku Studio mengesahkan bahawa game itu akan mengekalkan gaya “turn-based RPG” yang diperkenalkan dalam Yakuza 7, dan protagonis kedua sememangnya Kazuma Kiryu, bukan klon atau individu yang menyerupainya. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadi game terbesar dalam siri/francais setakat ini.

Sesi ambil gambar bersama krew Ryu Ga Gotoku Studio dan pelakon

Like a Dragon 8 akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC (Steam, Microsoft Store) pada tahun 2024.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a Dragon 8Ryu Ga Gotoku StudioYakuza 8
Previous Post

One Piece Film: Red kalahkan kutipan Jujutsu Kaisen 0 dalam masa sebulan!

Next Post

Spin-off Yakuza – Like a Dragon Gaiden diumumkan, akan tiba pada tahun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Spin-off Yakuza – Like a Dragon Gaiden diumumkan, akan tiba pada tahun 2023!

Spin-off Yakuza - Like a Dragon Gaiden diumumkan, akan tiba pada tahun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd