Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, telah mengumumkan semalam bahawa Liga Esukan Kebangsaan Malaysia akan bermula pada tahun 2020. Pengumuman itu dibuat semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Menjawab soalan YB Kluang berkenaan pembangunan E-Sports di Malaysia pagi tadi. pic.twitter.com/ibwCul1ONO
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 10, 2019
Liga Esukan Kebangsaan akan dijalankan pada sistem ranking untuk menyemak prestai pemain esukan. Sistem ranking juga boleh berfungsi sebagai kriteria bagi atlet esukan untuk mewakili negara dan berfungsi sebagai rujukan kepada South East Asian Games akan datang, yang akan menjadi tuan rumah untuk esukan buat kali pertama dalam sejarah.
Syed Saddiq juga telah merancang beberapa program untuk pembangunan esukan, termasuk pusat latihan esukan di seluruh negara. Beliau juga berkata Majlis Sukan Negeri Johor telah memasukkan esukan untuk Sukan Malaysia 2020 (SUKMA 2020).
Kementerian memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan ecosistem sukan ini berterusan secara lestari.#YangBerkhidmat pic.twitter.com/XQQ0YsW7v7
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 10, 2019
Pada masa ini, masih belum ada berita rasmi mengenai permainan video mana yang akan dimainkan semasa Liga Esukan Kebangsaan atau SUKMA 2020. Walau bagaimanapun, mengikut trend, kami mungkin melihat satu senarai yang termasuk Dota 2, Tekken 7, dan francais FIFA oleh EA.
Sumber – Twitter Syed Saddiq
@gamersantaimy
Discussion about this post