Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengumumkan kepulangan LEVEL UP KL buat kali ke-6 yang bakal bermula pada 10 Oktober hingga 22 November 2020. Pada tahun ini, acara serantau akan dijalankan secara maya atau lebih senang secara dalam talian dan diharapkan dapat menarik lebih daripada 50,000 pemain, pemaju, pengedar dan pelawat dari 30 negara.

Di dalam sidang media bersama beberapa perwakilan nama besar dalam Level Up KL seperti Ketua Media Interaktif, Mohan Low, serta Kong Foong Ching dari Aeonsparx, Stefan M. Bier dari Streamline, dan WanHazmer dari Metronomik.
Mereka mengongsikan beberapa kemaskini permainan mereka, dan bagaimana mereka menjalani proses-proses pembangunan mereka terutama ada juga permainan baru yang akan datang seperti permainan mobile dari Aeonsparx.
Wan Hazmer turut mengongsikan bertapa dia berterima kasih pada semua yang menyokong permainan terbaru mereka No Straight Roads yang membawa pelbagai elemen dan kedepankan etnik-etnik lokal yang pernah juga kami kongsikan di review kami sebelum ini.
Menurut Mohan Low, acara ini akan merangkumi platform web, aplikasi dan live streaming untuk memusatkan semua orang agar dapat menavigasi semua aktiviti yang berbeza. Buat masa ini, memilih jalan dalam talian adalah untuk keselamatan terutama disebabkan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa.
Selain itu terdapat Southeast Asia (SEA) Game Jam dalam talian yang menampilkan 100 pemaju permainan di seluruh Asia Tenggara dan peserta akan bertanding untuk memenangi hadiah wang tunai RM6,000. Selain itu, TOP 40 untuk peserta SEA Game Awards 2020 turut telah didedahkan di laman sosial media LEVEL UP KL sebentar tadi:
https://www.facebook.com/lvlupkualalumpur/posts/3478044152259079
“SEA Game Showcase adalah platform untuk menonjolkan pembangun permainan dari wilayah ini dan lebih dari 30 permainan video terbaik akan ada di pameran. Akan ada banyak aliran dan promosi pemaju, jadi ini juga akan menjadi yang terpanjang- menjalankan kesemua aktiviti itu”.
Biz Day akan menyediakan platform untuk sesi rangkaian perniagaan di mana anda dapat bertemu dengan puluhan pelabur, penerbit dan studio permainan yang ingin mendapatkan bakat. Jadi untuk pendaftaran Biz Day yang kini dibuka di laman web rasmi LEVEL UP KL untuk anda mendaftar.
Play Day adalah bahagian pengguna Level Up KL dan menurut mereka masih tertanya-tanya bagaimana untuk memindahkan tenaga dewan konvensyen ke ruang maya tanpa menjejaskan kesederhanaan dan aksesibiliti.
“Oleh itu, kami hadir dengan pameran permainan yang dimainkan, di mana pengunjung dapat mengumpulkan mata, memenangi ganjaran kehidupan sebenar, menjelajah permainan dan bertemu dengan pemaju; Selain itu, akan ada acara esports, webinar dan tournament yang membawa gamer profesional untuk memenangi kolam hadiah sehingga RM120,000.00.”
Jadi, menurut Mohan Low lagi, inilah peluang untuk pembangun permainan untuk tampilkan diri dan peluang orang ramai untuk sertai aktiviti yang tersedia, seperti antara permainan lokal Zombie Soup dari AeonSparks dan Bake ‘N Switch dari Streamline yang turut akan sertai acara ini.
Jadi jangan lupa untuk singgah ke laman web rasmi LEVEL UP KL untuk pelbagai lagi informasi mengenai Biz Day dan Play Day yang akan bermula 10 Oktober hinggan 22 November 2020 ini!
Sumber gambar: LEVEL UP KL
@gamersantaimy
Discussion about this post