Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Level Up KL 2023 akan bermula 27 – 30 September di KLCC, seiring bersama MYDCF!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 2, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Level Up KL 2023 akan bermula 27 – 30 September di KLCC, seiring bersama MYDCF!
Share on FacebookShare on Twitter

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan bahawa Level Up KL akan kembali pada tahun ini bersama Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF 2023) yang bakal berlangsung dari 27 hingga 30 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sempena itu, mereka turut mendedahkan info baharu tentang SEA Game Awards di mana peserta yang berminat boleh menghantar game mereka untuk peluang memenangi anugerah dan diiktiraf di Asia Tenggara dan seluruh dunia. Tempoh penyerahan akan bermula pada bulan Mei hingga Jun.

Buat mereka yang tidak tahu, LEVEL UP KL diadakan untuk pembangun permainan di Asia Tenggara dengan objektif membawa bersama-sama pemain tempatan dan antarabangsa ke perantauan Asia Tenggara, LEVEL UP KL menyediakan platform untuk pemain dalam industri untuk berinteraksi, belajar dan berkongsi pengetahuan!

Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) pula merupakan gabungan aktiviti Persidangan, Perangkaian Perusahaan khusus untuk industri permainan digital & animasi serta pameran ‘Gamified Expo’ untuk orang awam secara maya.

Ini adalah acara maya yang mempamerkan industri hiburan digital yang memfokuskan produk animasi, permainan digital, Esports, alat permainan dan reka bentuk, termasuk pameran kerjaya dan persembahan pentas dalam talian.

Sejajar dengan inisiatif strategik Malaysia Digital (MD), MDEC berhasrat untuk terus mengukuhkan ekosistem kandungan kreatif digital di Malaysia, mempromosikan kerjasama di seluruh rantau Asia Tenggara serta memperkasakan bakat kreatif tempatan sedia ada. Jika berminat, jangan lupa untuk sertai!


Sekali lagi saya ingatkan, Level Up KL 2023 akan kembali pada 27 hingga 30 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Layari laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan acara ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Level Up KL 2023MYDCF
Previous Post

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Februari 2023!

Next Post

Apple Arcade Februari 2023: Riptide GP: Renegade, Lifeline, Castle Crumble & banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apple Arcade Februari 2023: Riptide GP: Renegade, Lifeline, Castle Crumble & banyak lagi!

Apple Arcade Februari 2023: Riptide GP: Renegade, Lifeline, Castle Crumble & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd